mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Hubungan pengetahuan dan sikap terhadap amalan berkaitan alam sekitar: Kajian ke atas pelajar STML, Universiti Utara Malaysia

Mohamad, Siti Nor Diana and Othman, Abdul Aziz (2016) Hubungan pengetahuan dan sikap terhadap amalan berkaitan alam sekitar: Kajian ke atas pelajar STML, Universiti Utara Malaysia. In: Symposium on Technology Management and Logistics (STMLGoGreen), 8-9 December 2015, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of STMLgoGreen 2015 0391_397 (1).pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (481kB) | Request a copy

Abstract

Pengetahuan, sikap dan amalan merupakan suatu perkara yang penting dalam menentukan seseorang individu itu mempunyai rasa tanggungjawab terhadap alam sekitar.Kajian ini merupakan satu tinjauan awal yang dijalankan terhadap pelajar STML, UUM. Tujuan utama kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengetahui tahap pengetahuan, sikap dan amalan terhadap isu-isu berkaitan alam sekitar serta kaedah pemuliharaan alam sekitar.Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti tahap kepentingan penjagaan alam sekitar dalam kalangan pelajar, mengkaji sumber pengetahuan tentang alam sekitar dan menganalisis hubungan di antara pengetahuan alam sekitar dengan sikap dan amalan mesra alam.Pendekatan kuantitatif telah digunakan di mana kaji selidik temu bual (survey interview) dilaksanakan berdasarkan borang soal selidik yang dibangunkan.Responden kajian terdiri daripada 50 responden pelajar STML UUM. Hasil dapatan kajian telah dianalisis dengan menggunakan Statistic Packages for Sosial Sciences (SPSS) dan kesimpulan keseluruhan akan didedahkan pada seterusnya.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN: 9789670910178 Organized By: School Of Technology Management & Logistics, Universiti Utara Malaysia. Collaboration With: Pusat Kerjasama Universiti-Industri Universiti Utara Malaysia
Uncontrolled Keywords: pengetahuan, sikap, amalan, alam sekitar
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences
Divisions: School of Technology Management & Logistics
Depositing User: Mr. Abdul Aziz Othman
Date Deposited: 13 Nov 2016 07:03
Last Modified: 13 Nov 2016 07:03
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/19276

Actions (login required)

View Item View Item