mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Hubungan remaja dengan keluarga sebagai pemangkin proses pemulihan: Satu kajian di Sekolah Tunas Bakti

Sayuti, Rusimah and Kang, Chiu Ying (2004) Hubungan remaja dengan keluarga sebagai pemangkin proses pemulihan: Satu kajian di Sekolah Tunas Bakti. In: Seminar Pembangunan Keluarga Kebangsaan 2004, Cabaran Institusi Keluarga Menempuh Alaf Baru, 29-30 Mei 2004, Dewan Ariff, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. (Unpublished)

[thumbnail of Rusimah_Sayuti_&_Kang_Chiu_Ying.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (215kB)

Abstract

Tujuan penubuhan Sekolah Tunas Bakti yang diletakkan di bawah pentadbiran Jabatan Kebajikan Masyarakat ialah untuk memberi jagaan perlindungan, rawatan serta pemulihan kepada remaja yang diletakkan di bawah perintah mahkamah. Walaupun pelatih remaja yang ditempatkan di Sekolah Tunas Bakti menjadi tanggungjawab JKM namun keluarga merupakan institusi yang tidak dapat dinafikan mempunyai hubungan yang paling erat dengan peribadi diri remaja. Dengan itu kajian ini dijalankan untuk melihat bagaimana bentuk hubungan remaja di Sekolah Tunas Bakti dengan keluarga mereka, mengenalpasti persepsi pelatih sama ada hubungan dengan keluarga dapat membantu proses pemulihan dan melihat bagaimanakah pendapat pelatih terhadap bentuk komunikasi keluarga mereka. Kajian yang dijalankan adalah bersifat survei iaitu untuk menjelaskan keadaan data yang terdapat pada sampel kajian. Subjek kajian ialah seramai 76 orang pelajar dari sebuah Sekolah Tunas Bakti yang sedang menjalani proses pemulihan. Kaedah soal selidik digunakan untuk mengumpulkan maklumat daripada responden.Daripada hasil kajian, bentuk hubungan yang paling kerap digunakan oleh pelatih adalah melalui lawatan, diikuti surat.Didapati pelatih di Sekolah Tunas Bakti kerap berhubung dengan keluarga melalui lawatan daripada ahli keluarga dengan peratusan yang paling tinggi menunjukkan Ibu merupakan orang yang paling kerap membuat lawatan. Pelatih memberikan persepsi yang positif terhadap hubungan dengan keluarga dapat membantu dalam proses pemulihan. Pelatih memberikan pendapat bahawa bentuk komunikasi yang dilaksanakan dalam keluarga mereka lebih berbentuk komunikasi keluarga secara orientasi konsep berbanding secara orientasi sosio. Adalah dicadangkan agar ahli keluarga pelatih di Sekolah Tunas Bakti lebih digalakkan untuk terlibat secara aktif dan tidak menyerahkan seratus peratus tanggungjawab kepada pihak berkuasa Sekolah Tunas Bakti untuk proses pemulihan agar ianya berkesinambungan apabila pelatih tersebut tamat tempoh tahanannya.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Anjuran Pusat Pembangunan Keluarga Universiti Malaya (UMCFD)
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 24 Jan 2011 04:00
Last Modified: 24 Jan 2011 04:00
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/1931

Actions (login required)

View Item View Item