mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Faktor-faktor yang mempengaruhi keyakinan pelajar muslim terhadap logo halal produk makanan antarabangsa

Mohamad Noor, Nor Nisma and Mohamed Elias, Ezanee (2017) Faktor-faktor yang mempengaruhi keyakinan pelajar muslim terhadap logo halal produk makanan antarabangsa. In: Symposium on Technology Management & Logistics (STML–Go Green) 2016, 6th - 7th December 2016, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Malaysia.

[thumbnail of STML–Go Green 2016 762 772.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (164kB) | Request a copy

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi keyakinan pelajar Muslim terhadap logo halal produk makanan antarabangsa. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan mengedarkan borang soal selidik dikalangan pelajar Muslim di UUM.Borang tersebut diedarkan kepada hampir 600 pelajar Muslim dan telah menerima maklum balas yang baik.Kajian ini menganalisa hanya 400 borang dikembalikan yang memenuhi syarat dengan menggunakan perisian SPSS.Hasil keputusan menunjukkan faktor persekitaran dan faktor kesedaran pelajar yang paling mempengaruhi keyakinan mereka terhadap logo halal produk makanan antarabangsa.Secara praktikalnya kajian ini memberikan beberapa kaedah untuk meningkatkan keyakinan pelajar terhadap penggunaan produk makanan halal antarabangsa dan pada masa yang sama mereka mulai sedar bahawa logo halal adalah amat penting dalam memilih produk makanan yang halal. Kajian ini juga boleh menjadi perintis untuk menerokai persepsi pelajar Muslim terhadap produk antarabangsa lain yang kini berada di pasaran Malaysia seperti makanan kesihatan, ubat-ubtan dan kosmetik.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN 978-967-0910-37-6 Organized by: School of Technology Management & Logistics, Universiti Utara Malaysia
Uncontrolled Keywords: antarabangsa, halal, logo, keyakinan, pelajar Muslim
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce
T Technology > TX Home economics
Divisions: School of Technology Management & Logistics
Depositing User: Mr. Ezanee Mohamed Elias
Date Deposited: 27 Jul 2017 00:23
Last Modified: 27 Jul 2017 00:23
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/22665

Actions (login required)

View Item View Item