mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pelaksanaan lean 5S dan hubungannya terhadap prestasi operasi operasi di Majlis Bandaraya Alor Setar

Zanu, Hamizan and Mohd Asaad, Mohd Norhasni (2017) Pelaksanaan lean 5S dan hubungannya terhadap prestasi operasi operasi di Majlis Bandaraya Alor Setar. In: Symposium on Technology Management & Logistics (STML–Go Green) 2016, 6th - 7th December 2016, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Malaysia.

[thumbnail of STML–Go Green  2016 1040 1049.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (104kB) | Request a copy

Abstract

Amalan 5S bukan sahaja menjamin pengurusan persekitaran yang berkualiti, tetapi ia memberikan peningkatan prestasi terhadap sesuatu organisasi yang mengamalkannya.5S merupakan salah satu kaedah dalam alatan lean yang mengelakkan pembaziran. Oleh itu, kajian ini memfokuskan amalan 5S dari segi model konsep lean iaitu melihat kepada tujuh pembaziran (7 Waste) dan melihat tahap prestasi operasi organisasi.Kajian ini menfokuskan kepada Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta Majlis di Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).Walaupun pelaksanaan 5S ini telah lama diamalkan di MBAS, kajian ini perlu dilakukan bagi melihat tahap keberkesanan pelaksanaan dan hubungan amalan 5S terhadap prestasi operasi.Bagi mengukur tahap pelaksanaan 5S dan hubungannya terhadap prestasi operasi, satu set soalan kajian yang mengandungi tiga bahagian diedarkan kepada staf di Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta Majlis.Kajian ini telah melibatkan sebanyak 66 responden yang diambil dari populasi sebanyak 80 orang pekerja. Hasil kajian menunjukkan hubungan pelaksanaan 5S dengan prestasi operasi adalah positif dan signifikan.Oleh itu, boleh dikatakan hipotesis diterima.Diharapkan hasil kaijan ini akan dapat meningkatkan lagi prestasi operasi sekaligus dapat meningkatkan prestasi organisasi keseluruhannya. Pelaksanaan 5S di MBAS boleh dipertingkatkan lagi bagi terus mencapai kualiti persekitaran serta penambahbaikan berterusan dalam amalan persekitaran.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN 978-967-0910-37-6 Organized by: School of Technology Management & Logistics, Universiti Utara Malaysia
Uncontrolled Keywords: lean, 5S, prestasi operasi, tujuh pembaziran (7 waste)
Subjects: J Political Science > JS Local government Municipal government
T Technology > TD Environmental technology. Sanitary engineering
Divisions: School of Technology Management & Logistics
Depositing User: Mr. Mohd Norhasni Mohd Asaad
Date Deposited: 25 Jul 2017 09:14
Last Modified: 25 Jul 2017 09:14
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/22705

Actions (login required)

View Item View Item