mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Sumbangan institusi wakaf dalam perkembangan ilmu sosial dan sains

Othman, Razali and Abdul Ghani, Rohayu (2016) Sumbangan institusi wakaf dalam perkembangan ilmu sosial dan sains. In: Seminar Islam dan Sains Peringkat Kebangsaan 2016, 22-23 Mei 2016, Dewan Seminar Kompleks Pusat Islam, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of SISPK 2016 1 13.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (331kB)

Abstract

Institusi pendidikan, hospital, rumah-rumah geladangan (imaret), kebajikan dan tumpangan (khan), tempat-tempat mandian (hamam), pusat-pusat perniagaan (bazaar) dan kawasan Rehat dan Rawat (Caravanseraei) berteraskan wakaf telah dibina sejak di awal pemerintahan kerajaan Islam lagi. Malah, selama lebih seribu empat ratus ribu tahun sejak pewujudannya, institusi wakaf telah memainkan peranan yang cukup penting sebagai sumber pembiayaan terhadap kewujudan serta pembangunannya.Ironiknya, masyarakat hari ini sering mengaitkan wakaf sebagai institusi seperti masjid, surau dan tanah-tanah terbiar. Malah, wakaf turut dikaitkan dengan institusi yang bermasalah, tidak ekonomik dan tidak berpotensi untuk dimanfaatkan.Berlatar belakangkan senario tersebut, kertas kerja ini ditulis dengan matlamat untuk mencapai dua tujuan.Pertama, mengenal pasti peranan dan sumbangan institusi wakaf daripada aspek sejarah.Kedua, membuktikan kehebatan peranan serta sumbangan institusi wakaf masa silam.Kajian ini berbentuk kajian penerokaan.Data yang digunakan pula diperolehi daripada kajian perpustakaan yang dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis kandungan dan tekstual.Dapatan kajian membuktikan bahawa institusi wakaf yang bertunjangkan al-Quran, al-Hadith dan ijmak ulama merupakan mekanisme yang masih relevan serta berupaya untuk menjadi katalis sebagai sumber pembiayaan penting bagi pembangunan ummah pada hari ini.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN 978-983-44665-1-10 Organized by: Pusat Islam, Universiti Utara Malaysia,
Uncontrolled Keywords: Institusi Wakaf, Sejarah Wakaf, Sumber Pembiayaan
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: Pusat Islam
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 26 Jul 2017 02:04
Last Modified: 26 Jul 2017 02:04
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/22736

Actions (login required)

View Item View Item