Ismail, Nor Hanani (2016) Elemen ketakwaan dan hubungannya dengan kesahan dalam penyelidikan berteraskan Islam. In: Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan (PASAK 2016), 20-21 April 2016, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Kajang.
PDF
Restricted to Registered users only Download (165kB) | Request a copy |
Abstract
Kertas kerja ini mempunyai dua tujuan utama. Pertama, menganalisis dalil-dalil yang menunjukkan istilah ketakwaan dan istilah golongan yang berpengetahuan. Kedua, merumuskan elemen ketakwaan mempunyai hubungan dengan kesahan dalam penyelidikan berteraskan Islam. Terdapat dalil daripada al-Qur’an dan Hadith yang menggambarkan elemen ketakwaan mempunyai hubungan dengan keilmuan. Berdasarkan gambaran ini timbul dua persoalan. Pertama, bagaimanakah pandangan ulama terhadap dalil-dalil yang menunjukkan istilah ketakwaan dan istilah golongan yang berpengetahuan? Kedua, bagaimanakah elemen ketakwaan boleh memberikan kesahan dalam penyelidikan. Kertas kerja ini berhasrat menjawab kedua-dua persoalan tersebut menerusi analisis kandungan dan analisis tekstual terhadap beberapa literatur. Bagi persoalan pertama, kertas kerja ini mempamerkan lima dalil berserta pandangan ulama yang menunjukkan elemen ketakwaan mempunyai hubungan dengan keilmuan. Bagi persoalan kedua pula, kertas kerja ini merumuskan bahawa elemen ketakwaan mampu memberikan kesahan dalam penyelidikan.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Additional Information: | ISBN: 9670850428, 9789670850429 |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General) B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc |
Divisions: | Centre for General Studies |
Depositing User: | Dr. Nor Hanani Ismail |
Date Deposited: | 18 Sep 2017 00:44 |
Last Modified: | 18 Sep 2017 00:44 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/22927 |
Actions (login required)
View Item |