mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Iklim dan pengeluaran padi di kawasan Pengairan Muda

Ibrahim, Ahmad Zubir (2007) Iklim dan pengeluaran padi di kawasan Pengairan Muda. UUM Press, Sintok. ISBN 978-967-2064-47-3

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Abad ke-21, menyaksikan setiap negara di dunia berhadapan dengan fenomena perubahan iklim. Situasi ini secara langsung memberi kesan dan menjejaskan tahap pengeluaran makanan sesebuah negara. Di samping itu juga, perubahan iklim dengan sendirinya mengakibatkan peningkatan pengeluaran berisiko dan kemusnahan kawasan luar bandar terutama di kawasan yang mudah terdedah dengan kemarau, banjir, kemiskinan dan kebuluran. Kesan daripada fenomena sejagat ini juga, turut menjejaskan sektor pertanian terutama dari segi pengeluaran makanan. Secara tidak langsung, keadaan ini turut memberi implikasi ke atas tahap keselamatan makanan negara. Impak daripada fenomena ini bukan hanya menjejaskan kedudukan makanan di peringkat negara, malah menggugat kemampuan isi rumah untuk mendapatkan makanan yang mencukupi.Intergovermental Panel on Climate Change (IPCC) meramalkan dekad yang akan datang akan mengakibatkan berbilion penduduk berhadapan dengan pola perubahan hujan (mengakibatkan kekurangan air dan banjir) dan peningkatan cuaca (memberi kesan kepada perubahan musim penanaman) sekali gus menjejaskan pengeluaran makanan. Kawasan pengairan Muda telah dipilih bagi mengkaji impak perubahan iklim ke atas pengeluaran makanan negara. Pemilihan kawasan pengairan Muda susulan daripada kawasan ini merupakan penyumbang terbesar pengeluaran padi negara. Monograf ini juga turut membincangkan kesan perubahan iklim ke atas pengeluaran padi di kawasan Muda berdasarkan pengalaman petani.

Item Type: Book
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General)
S Agriculture > S Agriculture (General)
Divisions: School of Government
Depositing User: Dr Ahmad Zubir Ibrahim
Date Deposited: 21 Nov 2017 01:32
Last Modified: 21 Nov 2017 01:32
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/22960

Actions (login required)

View Item View Item