mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pengurusan kokurikulum dan tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum di Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Kuala Terengganu

Zainuddin, Zainal Ariffin and Daud, Yaakob and Mohd Nor, Saiful Azmi (2016) Pengurusan kokurikulum dan tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum di Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Kuala Terengganu. Proceeding of ICECRS, 1. pp. 891-900. ISSN 2548-6160

[thumbnail of ICECRS, 1 (2016) 891-900.pdf]
Preview
PDF
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0).

Download (800kB) | Preview

Abstract

Pengetua merupakan individu penting yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal berkaitan kokurikulum. Namun begitu pengetua sering terikat dengan kerja-kerja rutin dalam mentadbir dan mengurus sekolah.Dalam usaha untuk meningkatkan pengurusan kokurikulum sekolah biasanya pengetua akan menyerahkan tugas pengurusan kokurikulum kepada GPKKo.Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan memahami perspektif guru-guru terhadap peranan GPKKo dalam pengurusan kokurikulum di sekolah menengah kebangsaan di daerah Kuala Terengganu.Peranan GPKKo dikaji berdasarkan aspek-aspek pengurusan GPKKo sebagai perancang, pengelola, pemimpin dan pengawal kokurikulum di sekolah.Kajian juga untuk mengenal pasti penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum berdasarkan dimensi; interaksi psikologi dan juga interaksi fizikal. Sampel kajian terdiri daripada 171 orang guru yang sedang berkhidmat di dua buah sekolah menengah kebangsaan di daerah Kuala Terengganu. Analisis deskriptif yang melibatkan min dan sisihan piawai digunakan untuk melaporkan hasil kajian yang telah dijalankan.Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pentingnya peranan GPKKo di sekolah mempraktikkan peranan pengurusan kokurikulum yang berkesan, agar para guru dan pelajar akan lebih bermotivasi dalam memastikan kejayaan pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah.Ianya selaras dengan inspirasi negara sepertimana yang terkandung di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015.

Item Type: Article
Additional Information: International Seminar on Generating Knowledge Through Research, UUM-UMSIDA, 25-27 October 2016, Universiti Utara Malaysia, Malaysia.
Uncontrolled Keywords: Pengurusan Kokurikulum; Peranan GPKKo
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2361 Curriculum
Divisions: School of Education & Modern Languages
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 13 Feb 2018 03:52
Last Modified: 13 Feb 2018 03:52
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/23083

Actions (login required)

View Item View Item