mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Tingkah laku pengajaran dan kualiti peribadi pensyarah Universiti

Shaari, Abdull Sukor (2001) Tingkah laku pengajaran dan kualiti peribadi pensyarah Universiti. In: Prosiding Seminar Penyelidikan UUM 2000. Pusat Penyelidikan dan Perundingan, Universiti Utara Malaysia, Sintok, pp. 438-453. ISBN 9832479010

[thumbnail of abdull_sukor_shaari_01.pdf]
Preview
PDF
Download (334kB) | Preview

Abstract

Salah satu perkara yang membezakan guru sekolah dengan guru universiti ialah majoriti guru universiti tidak mendapat latihan iktisas perguruan seperti Diploma Pendidikan yang diwajibkan kepada guru sekolah menengah yang berijazah. Adakah tanpa latihan ini seseorang pensyarah tidak boleh menjadi guru yang baik dari segi penguasaan pengetahuan pengajaran dan tingkah laku? Kajian ini menjuruskan perhatian untuk menjelaskan tanggapan mahasiswa UUM terhadap pensyarah. Tanggapan yang diukur ialah dari segi keterampilan pengajaran pensyarah di bilik kuliah, kualiti peribadi pensyarah dan tingkah laku pengajaran yang tidak sesuai ketika menyampaikan kuliah. Kajian secara tinjauan ini menggunakan seramai 60 orang pelajar yang mengambil subjek Pengantar Penulisan sesi Mei 2000 dari enam buah sekolah di UUM. Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah satu set soal selidik yang telah dibentuk oleh penyelidik berdasarkan sumber yang dikenal pasti daripada kajian Bahagian Pendidikan Guru (1995) bertajuk penilaian pensyarah oleh pelatih. Dapatan kajian menunjukkan bahawa dari segi kualiti pengajaran pensyarah UUM, majoriti pelajar menyatakan pensyarah mereka hanya kadang-kadang berjaya melaksanakan tugas utama mereka dari segi pengajaran. Dari segi kualiti peribadi pensyarah ketika mengajar, mengamabarkan bahawa kebanyakan pelajar bersetuju bahawa pensyarah UUM mempunyai kualiti peribadi yang baik. Bagi teknik yung paling berkesan, dapatan dari tinjauan ini mendapati bahawa teknik perbincangan kelas diikuti dengan perbincangan kumpulan dan bersoal jawab merupakan teknik yang paling berkesan. Akhir sekali dari segi cara untuk meningkatkan kualiti pengajaran, kebanyakan responden menyenaraikan bahawa pensyarah perlu menyediakan suasana pernbelajaran yang jelas dan kondusif, menggalakkam penglibatab pelajar dengan aktif, mengambil kira perbezaan pembelajaran pelajar,menggalakkan pelajar mengenal pasti hasil pembelajaran dan perlu terlibat dengan penilaian kendiri.

Item Type: Book Section
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Prof. Dr. Abdull Sukor Shaari
Date Deposited: 21 Feb 2011 06:17
Last Modified: 21 Feb 2011 06:18
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/2318

Actions (login required)

View Item View Item