mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Persepsi stail komunikasi kepimpinan mempengaruhi komitmen pegawai sokongan dalam jabatan kerajaan

Syd Zin, Syd Abdul Rahman and Nordin, Mohamed Zin (2004) Persepsi stail komunikasi kepimpinan mempengaruhi komitmen pegawai sokongan dalam jabatan kerajaan. In: Seminar Sosio Ekonomi dan IT Ke-2, 11-12 August 2004, Hotel Holiday Villa, Alor Setar Kedah. (Unpublished)

[thumbnail of 08152010124500_01.pdf]
Preview
PDF
Download (1MB) | Preview

Abstract

Terdapat tiga objektif utama dalam kajian ini, iaitu untuk mengenal past1 perbezaan persepsi Pegawai Sokongan terhadap stail komunikasi kepimpinan Pegawai Pengurusan Tertinggi / Pengurusan dan Profesional dalam jabatan kearjaan. Kedua, mengenal pasti stail komunikasi kepimpinan yang berkesan bagi mempengaruhi komitmen terhadap pemimpin dari persepsi Pegawai Sokongan. Ketiganya, mengenal pasri pengaruh jantina, umur dan kelulusan sebagai penyederhana dalam mempengaruhi hubungan antara stail komunikasi kepimpinan terhadap komitmen Pegawai Sokongan dalam jabatan kerajaan. Kajian dijalankan terhadap jabatan kerajaan di negeri Perlis,Kedah dan Pulau Pinang.Data dalam kajian diperolehi daripada 585 responden yang terdiri daripada Pegawai Sokongan. Bagi tujuan penganalisisan, ujian- t, AN0VA, Regresi dan Regresi Hierarki telah digunakan. Dapatan kajian ini menunjukkan terdapat perbezaan persepsi Pegawai Sokongan terhadap stail komunikasi kepemimpinan dari segi jantina dan kelulusan, tetapi tidak bagi umur. Hasil kajian juga mendapati adanya hubungan yang signifikan antara stail komunikasi kepemimpinan dengan komitmen dari persepsi Pegawai Sokongan.Dapatan kajian menunjukkan jantina dan kelulusan sahaja yang berperanan sebagai penyederhana terhadap hubungan antara stail komunikasi kepemimpinan dengan komitmen, tetapi tidak bagi umur.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Organised by Pusat Penyelidikan dan Perundingan, Universiti Utara Malaysia
Subjects: J Political Science > JQ Political institutions Asia
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 21 Feb 2011 08:07
Last Modified: 03 May 2017 06:58
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/2337

Actions (login required)

View Item View Item