mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Semarak Patriotisme di Kalangan Belia Perak: Satu tinjauan

Ahmad Sabri, Ahmad Zaharuddin Sani and Abdul Aziz, Abdul Rahman and Mansor, Fatinah (2015) Semarak Patriotisme di Kalangan Belia Perak: Satu tinjauan. In: 2nd National Case Study Conference 2015, 6th- 8th October 2015, Kuching, Sarawak, Malaysia.

[thumbnail of RC08.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (761kB) | Request a copy

Abstract

Patriotisme didefinisikan sebagai sifat cintakan tanah air oleh individu atau kumpulan.Hal ini menyebabkan semangat patriotisme yang harus diterapkan di kalangan belia merupakan perkara yang perlu diambil serius dalam membentuk jati diri pembinaan sebuah negara bangsa seperti mana yang digarapkan dalam Wawasan 2020. Kini, belia merupakan tonggak utama dan merupakan pewaris kepimpinan pada masa depan yang akan meneruskan kesinambungan pembangunan negara.Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneliti dan mengupas tahap semangat patriotisme dalam kalangan belia masa kini di negeri Perak.Kajian ini merupakan penyelidikan kuantitatif dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen dengan melibatkan 10 buah daerah di negeri Perak.Seramai 911 orang responden telah memberi maklumbalas dan menunjukkan daripada 1,500 soalan soal selidik yang telah diedarkan.Pemilihan sampel dalam penyelidikan ini dilakukan secara rawak berstratifikasi.Data penyelidikan ini dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif untuk mengenal tahap semangat patriotisme terhadap negara dalam kalangan belia di negeri Perak. Bagi membantu penganalisisan data, perisian IBM SPSS 2.0 digunakan.Oleh itu, penyelidikan ini mendapati bahawa semangat patriotisme di kalangan belia negeri Perak adalah memberangsangkan. Justeru, patriotisme di kalangan belia harus terus dipupuk bagi menyemarakkan lagi semangat patriotisme dalam kalangan belia yang merupakan aset penting bagi memastikan kelestarian pembangunan dan pencapaian aspirasi negara.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: eISBN: 978-967-11030-4-3 Organized by: Institute for Management and Business Research (IMBRe), Universiti Utara Malaysia.
Uncontrolled Keywords: belia, daerah-daerah di Perak, Perak, penyelidikan kuantitatif, semangat patriotisme, Malaysia
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions: Tunku Puteri Intan Safinaz School of Accountancy (TISSA)
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 15 Apr 2018 04:24
Last Modified: 15 Apr 2018 04:24
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/23916

Actions (login required)

View Item View Item