mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Kesan bencana banjir ke atas aktiviti perniagaan di Bandar Lama Gua Musang

Said, Mohd Syahril and Suhaimi, Siti Ayuni (2015) Kesan bencana banjir ke atas aktiviti perniagaan di Bandar Lama Gua Musang. In: 2nd National Case Study Conference 2015, 6th- 8th October 2015, Kuching, Sarawak, Malaysia.

[thumbnail of RC10.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (743kB) | Request a copy

Abstract

Banjir luar biasa yang telah melanda Daerah Gua Musang pada bulan Disember 2014 telah menyebabkan banyak pihak yang mengalami kerugian akibat pelbagai kerosakan dan kemusnahan yang berlaku termasuk aktiviti perniagaan. Kertas kerja ini membincangkan kesan bencana banjir ke atas aktiviti perniagaan di kawasan Bandar Lama Gua Musang dari sudut kerugian, kerosakan dan kemusnahan premis perniagaan yang dialami oleh peniaga.Metodologi kajian melibatkan tinjauan soal-selidik ke atas 60 peniaga di Bandar Lama Gua Musang dan temubual dengan pihak berkuasa yang telah bertanggungjawab dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) semasa berlaku banjir. Hasil kajian mendapati ketiadaan amaran awal sebelum berlaku banjir menyebabkan golongan peniaga gagal menyelamatkan harta benda mereka. Kederasan arus banjir dan ketinggian paras air banjir bersama lumpur telah mengakibatkan kerosakan barangan perniagaan dan kemusnahan ke atas beberapa bahagian fizikal dan struktur bangunan perniagaan. Nilai kerugian peniaga dan kemusnahan bangunan dianggarkan sekitar RM20 juta.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: eISBN: 978-967-11030-4-3 Organized by: Institute for Management and Business Research (IMBRe), Universiti Utara Malaysia.
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions: Tunku Puteri Intan Safinaz School of Accountancy (TISSA)
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 15 Apr 2018 04:24
Last Modified: 15 Apr 2018 04:24
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/23917

Actions (login required)

View Item View Item