mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pengurusan strategik: Aplikasinya dalam organisasi perkhidmatan

Osman, Nor Hasni and Taib, Che Azlan and Othman, Mohd Zainudin (2015) Pengurusan strategik: Aplikasinya dalam organisasi perkhidmatan. In: 2nd National Case Study Conference 2015, 6th- 8th October 2015, Kuching, Sarawak, Malaysia.

[thumbnail of RC22.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (159kB) | Request a copy

Abstract

Kertas kerja ini membincangkan konsep pengurusan strategik yang mampu mengenalpasti tahap prestasi sesebuah organisasi perkhidmatan.Konsep pengurusan ini ditunjangi oleh dua faktor utama yang mendasari sesebuah organisasi iaitu faktor keras (hard) dan faktor lembut (soft).Faktor keras terdiri daripada tiga elemen iaitu struktur, sistem dan strategi yang diamalkan oleh organisasi. Manakala faktor lembut terdiri daripada empat elemen iaitu skil, stail, staf, dan sama berkongsi nilai. Satu kajian bertujuan melihat adakah wujud perbezaan yang signifikan di antara dua faktor ini telah dijalankan. Satu sampel yang terdiri daripada 38 staf dalam sebuah organisasi perkhidmatan telah berjaya diambil. Melalui ujian t secara berpasangan didapati memang wujud perbezaan yang signifikan di antara faktor hard dan faktor soft.Bagaimanapun, apabila perbandingan dilihat secara berasingan bagi setiap elemen, empat perbandingan berpasangan didapati tidak signifikan. Dapatan ini menunjukkan bahawa organisasi ini perlu membuat penambahbaikan bagi membolehkan prestasi organisasi menuju ke tahap yang cemerlang. Justeru, keseimbangan semua elemen pengurusan adalah penting dalam menjana sebuah organisasi yang efektif.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: eISBN: 978-967-11030-4-3 Organized by: Institute for Management and Business Research (IMBRe), Universiti Utara Malaysia.
Uncontrolled Keywords: pengurusan strategik, faktor keras, faktor lembut
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions: Tunku Puteri Intan Safinaz School of Accountancy (TISSA)
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 15 Apr 2018 04:25
Last Modified: 15 Apr 2018 04:25
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/23936

Actions (login required)

View Item View Item