mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Memimpin Pengambilalihan Perniagaan Keluarga: Kaedah, Masalah dan Cara Mengatasinya (Leading a Family Business Acquisition: Methods, Problems and How to Handle Them)

Mohamad, Armanurah and Naiimi, Nasri and Abdullah, Syahrina (2018) Memimpin Pengambilalihan Perniagaan Keluarga: Kaedah, Masalah dan Cara Mengatasinya (Leading a Family Business Acquisition: Methods, Problems and How to Handle Them). International Journal of Management Studies (IJMS), 24 (2). pp. 1-26. ISSN 0127-8983

[thumbnail of IJMS  24 2 2018 1 26.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (121kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini mempunyai tiga objektif, iaitu 1) untuk meneroka kaedah yang digunakan oleh pengganti dalam memimpin pengambilalihan perniagaan keluarga, 2) untuk meneroka masalah yang dihadapi oleh pengganti dalam memimpin pengambilalihan perniagaan keluarga, dan 3) untuk meneroka kaedah yang digunakan oleh pengganti bagi mengatasi masalah dalam memimpin pengambilalihan perniagaan keluarga.Kajian ini dijalankan secara kualitatif menggunakan pendekatan kajian kes. Teknik temu bual digunakan untuk pengutipan data. Responden kajian terdiri daripada lima unit perniagaan keluarga yang beroperasi di utara Malaysia. Protokol temu bual secara berstruktur dibangunkan untuk menerokai maklumat berkaitan dengan ketiga-tiga objektif di atas. Kajian ini mendapati kaedah yang digunakan dalam memimpin pengambilalihan perniagaan keluarga ialah penerusan gaya memimpin perniagaan daripada pengasas, penggunaan mentor atau penasihat, perbincangan ahli keluarga dan peranan orang berpengaruh. Masalah yang dihadapi oleh pengganti pula adalah dari segi ketidakpuasan kepimpinan dalam kalangan ahli keluarga kerana faktor umur pengganti yang muda berbanding dengan ahli keluarga lain.Kaedah memimpin yang digunakan oleh pengganti untuk mengatasi masalah tersebut ialah bersikap mengalah dalam mengurus perniagaan keluarga yang akhirnya kepimpinan pengganti diterima oleh ahli keluarga. Implikasi kajian ini adalah untuk memimpin pengambilalihan perniagaan keluarga, pengasas dan pengganti perlu memahami pelbagai kaedah dalam memimpin perniagaan keluarga.Pengganti juga perlu mengetahui kaedah yang bersesuaian dalam menyelesaikan masalah memimpin pengambilalihan perniagaan keluarga serta cara menjalankan pengurusan secara profesional untuk membolehkan perniagaan keluarga berfungsi secara berkesan.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Perniagaan keluarga, Pengambilalihan perniagaan keluarga, Pengasas perniagaan keluarga, Pengganti perniagaan keluarga.
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions: School of Business Management
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 29 Apr 2018 01:41
Last Modified: 29 Apr 2018 01:41
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/24011

Actions (login required)

View Item View Item