mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Mampukah pekerja wanita mencapai imbangan kehidupan kerja: Kajian kes sektor awam

Abdullah, Norehan and Hassan, Kalthum and Ismail, Nur Syakiran Akmal (2018) Mampukah pekerja wanita mencapai imbangan kehidupan kerja: Kajian kes sektor awam. In: Seminar Kebangsaan Transformasi Sosio-Ekonomi Wilayah Utara (NCER) Ke- 3, Hotel Casuarina@Meru, Ipoh, Perak Darul Ridzuan., 02 -03 Ogos 2018.

[thumbnail of SKTSEWU 2018 163 173.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (598kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sama ada wanita berkahwin yang bekerja dapat mencapai keseimbangan kehidupan-kerja dan seterusnya mengenalpati sistem sokongan yang diperlukan untuk meningkatkan keseimbangan pekerjaan mereka. Berasaskan pandangan bahawa pekerjaan di sektor awam yang lebih sistematik, kajian ini berfokus kepada penjawat awam wanita yang berkahwin. Melalui kaedah kuantitatif, borang soalselidik digunakan sebagai alat utama untuk mengumpulkan data daripada tujuh puluh enam (76) wanita yang bekerja di pelbagai sektor awam di Pulau Pinang. Hasil kajian ini mendapati bahawa secara umum, wanita yang berkahwin yang bekerja di sektor awam dapat mengekalkan keseimbangan kerja-hidup. Sokongan utama adalah pasangan yang sering membantu wanita dengan pekerjaan rumah mereka. Walau bagaimanapun, kebanyakan kerja rumah dilakukan pada hujung minggu kerana masa yang terhad pada hari-hari kerja.Para responden bersetuju bahawa mereka juga dapat menghabiskan masa yang berkualiti dengan keluarga mereka. Sistem sokongan yang dicadangkan oleh responden untuk mempromosikan imbangan kehidupan termasuk polisi cuti, waktu kerja yang fleksibel, pusat jagaan kanak-kanak dan kemudahan bilik asuhan di tempat kerja. Perkhidmatan yang dicadangkan adalah Program Bantuan Pekerja, perkhidmatan kaunseling dan siri latihan untuk pekerja sektor awam dalam menyediakan kemahiran dan pengetahuan untuk meningkatkan keseimbangan kehidupan – kerja.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN 978-967-0910-89-5 Anjuran: Pusat Penyelidikan Koridor Utara Universiti Utara Malaysia. Anjuran Bersama: Universiti Sulatan Azlan Shah (USAS), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Institut Darul Ridzuan (IDR) serta Asia Pacific University- Community Engagement Network (APUCEN) dan Movie Animation Park Studio (MAPS) ini berlangsung dari 2 hingga 3 Ogos 2018, di Hotel Casuarina@Meru, Ipoh, Perak Darul Ridzuan.
Uncontrolled Keywords: keseimbangan kehidupan-kerja, pekerja wanita, sokongan sosial, sektor awam.
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions: School of Economics, Finance & Banking
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 20 Aug 2018 02:58
Last Modified: 11 Nov 2020 06:17
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/24670

Actions (login required)

View Item View Item