mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Amalan nilai-nilai Islam dalam kalangan usahawan berdasarkan pemikiran Ibnu Miskawayh

Othman, Mohamad Khairi and Puteh, Alis and Bohari, Abdul Manaf and Abdul Hamid, Solahuddin (2018) Amalan nilai-nilai Islam dalam kalangan usahawan berdasarkan pemikiran Ibnu Miskawayh. In: Seminar Kebangsaan Transformasi Sosio-Ekonomi Wilayah Utara (NCER) Ke- 3, 02 -03 Ogos 2018, Hotel Casuarina@Meru, Ipoh, Perak Darul Ridzuan..

[thumbnail of SKTSEWU 2018 212 221.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (494kB) | Request a copy

Abstract

Usaha melahirkan usahawan yang menghayati nilai dan etika Islam dilihat semakin mendesak memandangkan keperluan serta cabaran mendatang dan persaingan yang ada.Berasaskan model pemikiran Ibnu Maskawayh yang menjelaskan bahawa beberapa nilai asas akhlak seseorang seperti al-hikmah, as-syaja’ah dan al-‘Iffah boleh dibentuk dengan dipupuk.Sehubungan itu, satu penyelidikan dijalankan bagi mengenal pasti amalan nilai-nilai Islam dalam kalangan usahawan berdasarkan pemikiran Ibnu Maskawayh.Kajian ini berbentuk tinjauan deskriptif dengan menggunakan kaedah kualitatif. Peserta kajian ini adalah terdiri daripada lapan orang usahawan di daerah Kubang Pasu, Kedah dan Arau, Perlis yang telah dipilih secara rawak mudah untuk sesi temu bual.Kajian mendapati antara nilai-nilai al-hikmah yang diamalkan ialah nilai kecerdasan, mudah ingatan dan pintar.Manakala nilai as-syaja’ah yang didapati ialah nilai berjiwa besar, tidak mudah putus asa, berani hadapi bahaya, cita-cita tinggi, tabah, mempunyai ketahanan mental dan ketahanan fizikal. Seterusnya didapati dari aspek nilai al-‘iffah pula ialah nilai tenang pembawaan, pemurah dan sopan santun turut dipraktikan dalam kalangan peserta kajian.Kajian ini memberi implikasi ini yang amat berguna sebagai panduan para usahawan di luar sana.Justeru itu, amalan nilai-nilai Islam ini penting untuk diamalkan oleh usahawan supaya mereka sanggup menghadapi segala apa jua rintangan dan dugaan dalam perniagaan mereka.Usahawan juga perlu menghadiri kursus-kursus motivasi untuk menerapkan nilainilai yang positif dalam diri mereka untuk mengukuhkan lagi perniagaan mereka.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN 978-967-0910-89-5 Anjuran: Pusat Penyelidikan Koridor Utara Universiti Utara Malaysia Anjuran Bersama: Seminar Kebangsaan Transformasi Sosio-Ekonomi Wilayah Utara kali ketiga, 2018. Penganjuran bersama Universiti Sulatan Azlan Shah (USAS), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Institut Darul Ridzuan (IDR) serta Asia Pacific University- Community Engagement Network (APUCEN) dan Movie Animation Park Studio (MAPS)
Uncontrolled Keywords: amalan, nilai, islam, usahawan, Ibnu Miskawayh
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory
Divisions: School of Education & Modern Languages
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 20 Aug 2018 03:06
Last Modified: 20 Aug 2018 03:06
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/24676

Actions (login required)

View Item View Item