mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Strategi pengurusan Islami dalam kalangan usahawan wanita di Pulau Pinang

Othman, Azizah and Abdullah, Norehan and Hassan, Kalthum and Yusof, Rohana (2018) Strategi pengurusan Islami dalam kalangan usahawan wanita di Pulau Pinang. In: Seminar Kebangsaan Transformasi Sosio-Ekonomi Wilayah Utara (NCER) Ke- 3, 02 -03 Ogos 2018, Hotel Casuarina@Meru, Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

[thumbnail of SKTSEWU 2018 231 237.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (524kB) | Request a copy

Abstract

Perkembangan pesat ekonomi negara menggamit lebih ramai wanita untuk melibatkan diri secara aktif dalam dunia keusahawanan.Wanita kini banyak menceburi bidang keusahawanan seperti produk kesihatan, jamu, alat persolekan, wangian, pakaian dan sebagainya. Namun terdapat kes-kes penipuan, rasuah, monopoli, mengabaikan pekerja dan banyak lagi dalam kalangan usahawan yang hanya mengejar keuntungan semata-mata dan mengabaikan amalan pengurusan perniagaan yang digariskan oleh Islam. Justeru, bagi seseorang usahawan yang beragama Islam, pengurusan Islami dilihat sebagai satu strategi perniagaan yang mampu menjadikan mereka lebih berdisiplin serta dapat mengawal urusan perniagaan dengan lebih cekap.Ini kerana pengurusan Islami menggabungkan keseimbangan proses fizikal dan kerohanian dalam setiap perlaksanaan sesuatu tindakan.Kajian ini dilakukan untuk mengetahui tentang prinsip-prinsip pengurusan Islami seperti syura (proses pembuatan keputusan) etika mesyuarah, amal jama’i atau kerja berpasukan, kepimpinan, dan kewajipan bersyura bay’ah (persetiaan untuk taat dan mendukung segala tanggungjawab), kepimpinan, kepengikutan dan semangat kesalingan, mampu membentukdisiplin usahawan Islam berteraskan pengurusan Islami. Menerusi kaedah proses pengurusan Islami seperti niat, perancangan, pelaksanaan, pengorganisasian yang amanah, boleh dipercaya, dan memiliki kelewesan (fleksibiliti), pengarahan, pengawalan, serta penilaian yang berteraskan syarak, mampu menggembling segala kekuatan untuk menghasilkan prestasi dan produk yang berkualiti.Justeru, keberkesanan pengurusan Islami di kalangan usahawan wanita mampu memberi jawapan dan seterusnya penyelesaian kepada banyak persoalan dan permasalahan yang mereka hadapi pada hari ini seperti terhakis sikap amanah, patuh, kesetiaan pekerja dan peningkatan penipuan dalam perniagaan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN 978-967-0910-89-5 Anjuran: Pusat Penyelidikan Koridor Utara Universiti Utara Malaysia Anjuran Bersama: Universiti Sulatan Azlan Shah (USAS), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Institut Darul Ridzuan (IDR) serta Asia Pacific University- Community Engagement Network (APUCEN) dan Movie Animation Park Studio (MAPS)
Uncontrolled Keywords: strategi, pengurusan islam, usahawan wanita, kejayaan , etika
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory
Divisions: Islamic Business School
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 27 Aug 2018 00:22
Last Modified: 03 Nov 2020 07:28
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/24682

Actions (login required)

View Item View Item