mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Kolaborasi komuniti dalam penambahbaikan sekolah: Satu kajian kes di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih Kuala Lumpur

Abdullah, Faez Nazhan Phang and Awang, Marinah (2018) Kolaborasi komuniti dalam penambahbaikan sekolah: Satu kajian kes di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih Kuala Lumpur. In: Seminar Kebangsaan Transformasi Sosio-Ekonomi Wilayah Utara ke-3, 02 -03 Ogos 2018, Hotel Casuarina@Meru, Ipoh, Perak Darul Ridzuan..

[thumbnail of SKTSEWU 2018 300.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (308kB)

Abstract

You cannot build a great school alone.The school needs the community and the community needs the school (Poston et al., 1992).Hubungan timbal-balik seperti ini memberi manfaat jelas kepada kedua-dua pihak.Sekolah memperoleh faedah berbentuk sokongan moral, bantuan kewangan dan sumbangan tenaga bakti daripada komuniti manakala komuniti pula memperolehi faedah dari aspek peningkatan penguasaan ilmu. Oleh hal yang demikian kajian ini bertujuan untuk meninjau sejauhmana kesan kolaborasi komuniti terhadap penambahbaikan Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) Kuala Lumpur.SBJK merupakan sebuah sekolah istimewa yang menempatkan anak-anak jalanan atau gelandangan di sekitar Chow Kit.Penglibatan komuniti dengan sekolah dalam kajian ini adalah diadaptasi dan diubahsuai daripada Model Penglibatan Ibu Bapa, Hoover-Dempsey dan Sandler serta Model Kementerian Pendidikan Malaysia.Kajian menggunakan rekabentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah kajian kes.Responden yang terlibat adalah seramai 16 orang yang dipilih secara pensampelan bertujuan. Mereka adalah terdiri daripada warga sekolah, pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia, ahli kumpulan penggerak Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti serta wakil komuniti.Temubual separa berstruktur dijalankan dengan menggunakan protokol temubual yang disediakan.Data-data temubual dianalisa dengan mengeluarkan tema-tema tertentu berdasarkan soalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan kesan kolaborasi yang dilaksanakan amatlah memberansangkan terutamanya kepada perkembangan sahsiah dan jati diri pelajar. Hubungan timbal-balik antara pihak sekolah dan komuniti dapat mewujudkan budaya yang positif terhadap imej dan persepsi golongan masayakat kepada anak-anak gelandangan.Selain dari itu dapatan kajian ini juga memperlihatkan pentingnya peranan yang dimainkan oleh pengetua sebagai pemimpin dan agen untuk meyakinkan semua pihak yang berkepentingan.Implikasi kajian menunjukkan bahawa komuniti amat berperanan dalam membawa perubahan kepada kualiti pendidikan, hubungan antara warga sekolah dan mencipta masa depan yang lebih cerah bagi murid gelandangan sekolah tersebut.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN 978-967-0910-89-5 Anjuran: Pusat Penyelidikan Koridor Utara Universiti Utara Malaysia Anjuran Bersama: Universiti Sulatan Azlan Shah (USAS), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Institut Darul Ridzuan (IDR) serta Asia Pacific University- Community Engagement Network (APUCEN) dan Movie Animation Park Studio (MAPS)
Uncontrolled Keywords: kolaborasi komuniti, hubungan timbal-balik, penambahbaikkan sekolah, golongan gelandangan
Subjects: H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
Divisions: School of Economics, Finance & Banking
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 27 Aug 2018 00:39
Last Modified: 27 Aug 2018 00:39
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/24692

Actions (login required)

View Item View Item