mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pembentukan sosiobudaya masyarakat melayu melalui kaedah sejarah lisan

Hassan, Hikmah and Haniffa, Mohamed Ali Pembentukan sosiobudaya masyarakat melayu melalui kaedah sejarah lisan. In: Persidangan antarabangsa sains sosial dan kemanusian (PASAK 2)subtema sosio budaya.

[thumbnail of PASAK 2.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (197kB) | Request a copy
[thumbnail of PASAK 2.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (197kB) | Request a copy

Abstract

Kertas kerja ini membincangkan mengenai pembentukan kepelbagaian sosiobudaya masyarakat Melayu dengan menggunakan kaedah sejarah lisan sebagai salah satu sumber historiografi. Tidak dinafikan bahawa sistem komunikasi awam dikalangan masyarakat Melayu bermula agak lewat dari kaum lain iaitu sekitar abad ke-18 hingga ke-19. Namun kelewatan tersebut bukan bermaksud masyarakat di waktu itu tidak berilmu. Ketinggian ilmu dikalangan mereka adalah sehebat dan setanding dengan tamadun lain. Walaubagaimanapun, mereka menggunakan teknik penyampaian dari mulut ke mulut iaitu dari satu generasi ke generasi yang lain. Malaysia telah mengalami banyak rentetan sejarah bermula dari zaman pemerintahan tentera Jepun, British, Darurat hinggalah Peristiwa 13 Mei 1969. Begitu juga mengenai pergaduhan kaum yang tercetus di Sungai Manik,Perak, Muar, Johor dan Bekor, Perak yang membawa kepada tertubuhnya Gerakan Parang Panjang dan juga peristiwa serangan komunis.Kehebatan tokoh-tokoh tempatan seperti KiaiSalleh bin Abdul Karim dan Tuan Guru Imam Bakri memberikan pengaruh yang besar kepada pembentukan sosiobudaya masyarakat Melayu ketika itu. Kesemua peristiwa ini tidak direkodkan dengan sepenuhnya dan masih terdapat ruang yang tidak lengkap.Analisis data dibuat berdasarkan kepada sumber primer dan sekunder. Hasil kajian mendapati bahawa kaedah sejarah lisan inilah yang akan mengisi kekosongan sumber-sumber sedia, menjadi penyelamat kepada keterangan-keterangan sejarah yang akan hilang dan menjadi pelengkap kepada sesebuah cerita.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN 9789670850955
Uncontrolled Keywords: sosiobudaya, sejarah lisan, masyarakat Melayu, sumber
Subjects: H Social Sciences >
Divisions: School of Applied Psychology, Social Work & Policy
Depositing User: Mr. Che Hasan Hashim
Date Deposited: 11 Dec 2018 02:33
Last Modified: 11 Dec 2018 02:33
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/24843

Actions (login required)

View Item View Item