mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Peranan Pola Komunikasi Keluarga dalam Pembangunan Sahsiah Remaja di Bandar Kota Bharu, Kelantan

Mahmood, Nor Mukmin and Mohammed, Rosli (2018) Peranan Pola Komunikasi Keluarga dalam Pembangunan Sahsiah Remaja di Bandar Kota Bharu, Kelantan. In: SMMTC Postgraduate Symposium 2018, 18-19 March 2018, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of SMMTCPS 2018 213 219.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (693kB) | Request a copy

Abstract

Perubahan sosial yang berlaku hari ini telah mengubah corak kehidupan keluarga dan masyarakat. Dalam konteks ini, keberkesanan komunikasi keluarga berperanan dalam usaha membantu mereka menghadapi arus perubahan ini. Tumpuan kajian ini diberikan kepada bentuk pola komunikasi, tahap orientasi, tipologi keluarga dan tahap sahsiah remaja. Kajian ini telah dijalankan ke atas pelajar sekolah di Kota Bharu Kelantan. Sampel kajian terdiri daripada 400 orang pelajar dari dua buah sekolah jenis SMK dan SYIK. Pengumpulan data dilakukan berdasarkan kepada set soal selidik yang dijawab sendiri oleh remaja, iaitu maklumat demografi, pola komunikasi keluarga dan kecerdasan kerohanian responden bagi mengukur tahap sahsiah mereka. Instrumen untuk mengukur pola komunikasi keluarga ialah Revised Family Communication Pattern. Manakala alat untuk mengukur sahsiah remaja menggunakan Islamic Spiritual Intelligence. Hasil kajian mendapati pola komunikasi keluarga berbentuk perbualan dan keakuran yang tinggi, dan tahap sahsiah remaja juga menunjukkan tahap yang tinggi.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: e-ISBN 978-967-0910-77-2 Organized by: School of Multimedia Technology and Communication (SMMTC) Universiti Utara Malaysia
Uncontrolled Keywords: pola komunikasi keluarga, orientasi komunikasi, sahsiah remaja, kecerdasan kerohanian.
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions: School of Multimedia Technology & Communication
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 24 Dec 2018 01:11
Last Modified: 24 Dec 2018 01:11
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/25360

Actions (login required)

View Item View Item