mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Analisis Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad Membangunkan Nasionalisme Etnik Melayu Dalam Pentadbiran Beliau Sebagai Presiden UMNO

Mohd Mazlan, Mohd Norhaizzat Naim and Aripin, Norizah (2018) Analisis Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad Membangunkan Nasionalisme Etnik Melayu Dalam Pentadbiran Beliau Sebagai Presiden UMNO. In: SMMTC Postgraduate Symposium 2018, 18-19 March 2018, Universiti Utara Malaysi.

[thumbnail of STMMTCPS 2018 252 257.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (674kB) | Request a copy

Abstract

Tempoh 22 tahun sebagai Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad mengubah landskap Malaysia daripada sebuah negara mundur kepada sebuah kuasa perindustrian dan negara perdagangan ke17 terbesar dunia dengan kekuatan masyarakat yang bermajoriti entik Melayu. Pencapaian ini dibangunkan dari gagasan pemikiran unik seorang pemimpin yang ditanam dalam pemikiran masyarakat melalui penggunaan media sehingga tercetusnya semangat nasionalisme masyarakat untuk membangun dan mempertahankan tanah air. Kajian ini memperincikan pemikiran Tun Dr. Mahathir membangunkan nasionalisme etnik Melayu menerusi teks ucapan beliau di Perhimpunan Agung UMNO. Pembangunan nasionalisme dikaji menggunakan pendekatan kualitatif dengan menjalankan analisis kandungan keatas teks ucapan bagi melihat unsur makna kata-kata (tema nasionalisme) yang terbit dari teks ucapan. Kajian ini menggunakan analisis tematik iaitu kata-kata yang terbit dari teks ucapan dan memberikan makna nasionalisme dalam pemikiran Tun. Tahun teks ucapan dipilih menggunakan persampelan rawak mudah melalui cabutan undian. Tahun yang dipilih adalah tahun 1982, 1987, 1996 dan 1999.Dapatan kajian menunjukkan wujud gabung jalin enam tema iaitu perpaduan, tanggungjawab, maruah, taat setia, pengorbanan dan kemajuan yang membangunkan nasionalisme etnik Melayu. Kombinasi keenam-enam tema ini membentuk makna nasionalisme yang terbentuk daripada pemikiran Tun dalam membangunkan nasionalisme etnik Melayu.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: e-ISBN 978-967-0910-77-2 Organized by: School of Multimedia Technology and Communication (SMMTC) Universiti Utara Malaysia
Uncontrolled Keywords: media nasionalisme, analisis kandungan, pembangunan nasionalisme, Tun Dr Mahathir Mohamad, pendekatan kualitatif
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions: School of Multimedia Technology & Communication
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 06 Jan 2019 01:15
Last Modified: 06 Jan 2019 01:15
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/25370

Actions (login required)

View Item View Item