mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Komitmen organisasi terhadap pengurusan stesen kerja yang ergonomik: Satu tinjauan di organisasi multinasional di Malaysia

Mohd Makhbul, Zafir and Mohamad Hasun, Fazilah (2008) Komitmen organisasi terhadap pengurusan stesen kerja yang ergonomik: Satu tinjauan di organisasi multinasional di Malaysia. In: The 4th National Human Resource Management Conference 2008, 17-19 August 2008 , Tiara Beach Resort, Port Dickson. (Unpublished)

[thumbnail of Pages_from_NHRM_proceedings_2008_160708_02.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (157kB)

Abstract

Walaupun setelah lebih separuh abad ergonomik diperkenalkan, aplikasi ergonomik masih di peringkat awal di kebanyakan negara yang sedang membangun. Di kebanyakan negara tahap aplikasi ergonomik dan kesedarannya masih rendah walaupun impak ergonomik amat besar terhadap peningkatan amalan kerja serta keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Kajian ini dijalankan untuk meninjau komitmen organisasi multinasional di Malaysia terhadap amalan stesenkerja ergonomik. Sebanyak sebelas buah organisasi multinasional terlibat dalam penyelidikan ini. Soal selidik dilengkapkan oleh pegawai/pengurus keselamatan dan kesihatan pekerjaan organisasi berkenaan. Secara keseluruhannya komitmen organisasi multinasional di Malaysia terhadap aplikasi ergonomik amatlah tinggi. Kesedaran mereka terhadap aplikasi ergonomik telah membawa kepada penanggapan yang baik terhadap aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Kesemua faktor stesenkerja ergonomik ditanggap sebagai memuaskan dengan min 1.92 hingga 3.07. Faktor yang terbaik adalah faktor pengudaraan. Ini diikuti dengan faktor peralatan, pencahayaan, akustik, rekabentuk ruang kerja, kedudukan tubuh badan, kerusi dan tempoh masa bekerja.Walaupun aplikasi ergonomik di Malaysia masih di peringkat awal, pelaksanaannya perlu dimulakan dari sekarang dalam memastikan organisasi dapat mempertahankan kelebihan daya saing dan terus menguasai bahagian pasaran yang semakin mengecil.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Jointly organized by the Malaysian Institute of Human Resource Management, Universiti Utara Malaysia and the Negeri Sembilan State Government.
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions: School of Business Management
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 02 Mar 2011 09:04
Last Modified: 26 Apr 2016 06:19
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/2620

Actions (login required)

View Item View Item