mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Cuti bersalin 60 hari tidak cukup?

Md Isa @ Yusuff, Yusramizza (2008) Cuti bersalin 60 hari tidak cukup? In: The 4th National Human Resource Management Conference 2008, 17-19 August 2008 , Tiara Beach Resort, Port Dickson. (Unpublished)

[thumbnail of Pages_from_NHRM_proceedings_2008_160708333.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (140kB)

Abstract

Wanita di Malaysia menongkah cabaran globalisasi pada masa kini dengan turut berganding bahu dengan golongan lelaki menyumbangkan tenaga dan buah fikiran dalam pelbagai sektor pekerjaan. Peningkatan penglibatan wanita dalam dunia pekerjaan semakin ketara pada masa kini berbanding empat dekad yang lalu. Mantan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pernah menyatakan terdapat lebih kurang 3.57 juta wanita di Malaysia yang keluar bekerja pada masa kini. Sumbangan wanita dalam sektor pekerjaan tidak boleh diperkecilkan. Justeru, pelbagai peruntukan undang-undang telah digubal bagi melindungi pekerja wanita dan memperkukuh hak serta kebajikan wanita di tempat kerja. Salah satu hak pekerja yang sangat dititikberatkan oleh undang-undang adalah hak cuti bersalin. Cuti bersalin selama 60 hari diperuntukkan oleh Akta Pekerjaan 1955 bagi memastikan wanita dapat menjalani proses bersalin serta kerehatan yang baik. Cuti bersalin bukan sahaja penting dalam aspek kesihatan pekerja wanita yang melahirkan anak bahkan juga memberi peluang penyusuan yang sempurna kepada bayi yang baru dilahirkan. Namun, sesetengah pihak mendakwa cuti bersalin selama 60 hari masih belum mencukupi serta perlu ditambah. Artikel ini cuba mendedahkan kedudukan peruntukan sedia ada berkaitan cuti bersalin terutamanya dalam Akta Pekerjaan 1955 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2005 dan Perintah Am 25 serta 26, dan 54 Bab ‘C’ Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1998. Di samping itu, artikel ini akan mengupas isu sama ada cuti bersalin di Malaysia menepati kehendak Pertubuhan Buruh Antarabangsa. Perbandingan turut dibuat dalam artikel ini tentang kedudukan cuti bersalin di empat Negara ASEAN iaitu Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina serta beberapa Negara di dunia yang lain. Bagi tujuan penganalisaan, artikel ini juga akan menyorot perbahasan pelbagai pihak terhadap gesaan menambah cuti bersalin 60 hari yang dilaksanakan pada masa kini.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Jointly organized by the Malaysian Institute of Human Resource Management, Universiti Utara Malaysia and the Negeri Sembilan State Government.
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 02 Mar 2011 08:10
Last Modified: 16 May 2011 04:07
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/2624

Actions (login required)

View Item View Item