mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Aplikasi teori kes kaunseling perkahwinan dan keluarga

Kamsani, Siti Rozaina and Ishak, Noor Azniza and Ibrahim, Nabisah (2019) Aplikasi teori kes kaunseling perkahwinan dan keluarga. Universiti Utara Malaysia Press, Sintok. ISBN 978-967-2210-15-3

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Aplikasi Teori Kes Kaunseling Perkahwinan dan Keluarga merupakan sebuah buku yang membincangkan tentang kes-kes yang berlaku dalam institusi kekeluargaan dalam masyarakat Malaysia. Pendekatan teori-teori kaunseling perkahwinan dan keluarga diaplikasikan dalam setiap kes yang dikongsi bersama kaunselor. Perkongsian kes yang bijaksana ini boleh dijadikan sebagai panduan kepada kaunselor, lay counselor, penolong kaunselor, dan individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu isu keluarga dan perkahwinan.Buku ini telah ditulis secara sistematik bersesuaian dengan pelajar yang baru mempelajari kaunseling keluarga mahupun yang mempunyai sedikit pengetahuan berkaitan kaunseling untuk lebih memahami kes-kes keluarga dengan mengguna pakai teori-teori yang bersesuaian. Buku ini menghidangkan para pembaca dengan pelbagai resolusi berpandukan teori yang berkaitan dengan keluarga dan rumah tangga. Walau bagaimanapun, resolusi ilmiah ini bukanlah satu cara yang mutlak tetapi dipertimbangkan sebagai panduan kepada pihak yang berkaitan.

Item Type: Book
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
Divisions: UUM Press
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 14 Oct 2019 00:58
Last Modified: 14 Oct 2019 00:58
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/26499

Actions (login required)

View Item View Item