mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Kesediaan menceburi kerjaya usahawan di kalangan pelajar IPTA Malaysia

Hashim, Norashidah and Buang, Nor Aishah and Othman, Norasmah (2008) Kesediaan menceburi kerjaya usahawan di kalangan pelajar IPTA Malaysia. In: The 4th National Human Resource Management Conference 2008, 17-19 August 2008 , Tiara Beach Resort, Port Dickson. (Unpublished)

[thumbnail of Pages_from_NHRM_proceedings_2008_160708111.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (146kB)

Abstract

Keusahawanan adalah satu bidang yang penting kepada sesebuah negara. Ianya berfungsi sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi dan dapat memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat Kerjaya usahawan adalah penting kerana usahawan adalah individu yang bertanggung jawab menjayakan aktiviti keusahawanan melalui penubuhan entiti. Manakala negara yang mempunyai bilangan usahawan yang ramai dapat mewujudkan satu masyarakat yang dinamik dan mempunyai daya saing yang tinggi. Pembangunan modal insan perlu mengambil kira elemen keusahawanan kerana ianya perlu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira kerjaya dan bidang yang diceburi. Oleh itu adalah sangat perlu mewujudkan sumber manusia yang mempunyai keinginan dan sikap keusahawanan. Salah satu pendekatan yang digunakan dalam membangunkan sumber manusia ini oleh negara maju ialah menerusi pendidikan dan latihan keusahawanan. Dengan ini satu kajian telah dijalankan bagi mengenal pasti tahap kesediaan pelajar IPTA untuk menceburkan diri dalam kerjaya usahawan. Data daripada kajian tinjauan ke atas pelajar sarjana muda di empat buah IPTA di Malaysia telah dikumpulkan menggunakan Soal selidik Kesediaan Keusahawanan Pelajar IPT. Kesediaan pelajar dilihat daripada aspek pilihan kerjaya sebagai usahawan dan alasan untuk menceburi bidang keusahawanan atau sebaliknya. Kesediaan sikap diukur menggunakan 62 item yang melihat kesediaan sikap daripada aspek inovasi, kawalan diri, pencapaian, harga diri, toleransi kekaburan dan kawalan risiko. Hasil kajian menunjukkan bahawa sebanyak 46.7 peratus pelajar berkeinginan untuk menjadi usahawan atas pelbagai alasan seperti minat,inginkan ganjaran serta pelbagai alasan lain. Dapatan tinjauan menunjukkan pelajar IPTA mempunyai tahap kesediaan sikap yang sederhana tinggi secara keseluruhannya. Kajian ini menunjukkan bahawa pelajar IPTA mempunyai keinginan dan kesediaan sikap untuk menjadi usahawan. Oleh yang demikian, pihak yang terlibat dalam pendidikan keusahawanan disarankan dapat menambahkan usaha untuk meningkatkan kesedaran dan membentuk sikap keusahawanan di kalangan pelajar IPTA agar pelajar lebih bersedia menceburi kerjaya sebagai usahawan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Jointly organized by the Malaysian Institute of Human Resource Management, Universiti Utara Malaysia and the Negeri Sembilan State Government.
Uncontrolled Keywords: Pembangunan modal insan, Kesediaan Keusahawanan, Keinginan, Sikap, IPTA Malaysia
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory
Divisions: School of Business Management
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 06 Mar 2011 02:35
Last Modified: 26 Apr 2016 03:00
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/2650

Actions (login required)

View Item View Item