mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Kajian syariah tafsiran mustahiq sebagai sifat dan kaitannya dengan upah amil zakat

Abdullah, Syaharina (2019) Kajian syariah tafsiran mustahiq sebagai sifat dan kaitannya dengan upah amil zakat. In: International Conference on Zakat, Tax, Waqf And Economic Development (ZAWED), 1st – 2nd December 2019, Adya Hotel Langkawi, Malaysia.

[thumbnail of ZAWED 2019 570 578.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (240kB) | Request a copy

Abstract

Amil zakat secara umumnya memainkan peranan utama dalam pengurusan dan pentadbiran zakat. Mereka diamanahkan untuk memungut dan mengagihkan dana dan bantuan zakat kepada asnaf-asnaf yang layak. Namun, terdapat di kalangan mereka yang hidup dalam kemiskinan serta memerlukan bantuan agihan zakat walaupun mereka menerima upah amil. Artikel ini bertujuan untuk mengkaji keharusan agihan zakat ke atas asnaf yang mempunyai sifat yang pelbagai terutamanya melibatkan asnaf amil. Ia juga membincangkan tafsiran mustahiq zakat sebagai sifat di kalangan para ulama yang muktabar. Kajian ini berasaskan kajian kepustakaan mengenai sumber-sumber utama Islam (al-Quran dan Sunnah) dan sumber-sumber sekunder iaitu karya-karya ulama klasik yang muktabar dan kontemporari yang berkaitan. Hasil kajian ini membuktikan bahawa para ulama bersepakat menyatakan keharusan agihan zakat kepada amil yang didapati memiliki sifat asnaf selain amil seperti fakir, miskin dan lain-lain. Kajian ini juga turut mendapati bahawa dalam menjelaskan kadar imbuhan amil serta keharusan agihan zakat kepada amil ini, ulama Syafiiyyah telah membuat pembahagian sifat mustahiq kepada dua kategori iaitu untuk kepentingan umat Islam dan untuk keperluan (maslahah) diri. Seterusnya, kajian ini mencadangkan keharusan agihan zakat kepada asnaf-asnaf zakat yang lain yang didapati memiliki sifat asnaf yang pelbagai kerana tafsiran mustahiq adalah merujuk kepada sifat semata-mata. Diharapkan artikel ini dapat memberi penjelasan kepada masyarakat tentang keharusan agihan zakat ke atas asnaf-asnaf zakat yang mempunyai sifat asnaf yang pelbagai agar dapat menjamin maslahah mereka dan terbela dengan sempurna.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN: 978-967-2276-10-4 Organized by: Islamic Business School, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah, Malaysia
Uncontrolled Keywords: mustahiq, zakat, pelbagai sifat, asnaf, amil.
Subjects: H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
Divisions: Islamic Business School
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 02 Jan 2020 06:30
Last Modified: 02 Jan 2020 06:30
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/26681

Actions (login required)

View Item View Item