mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Kecerdasan spiritual dalam aplikasi telefon mudah alih menerusi hisbah refleksi al-nafs ke arah mendepani cabaran teknologi komunikasi

Makhsin, Mardzelah and Md Jaafar, Fauziah and Ismail, Nor Hasimah and Jumiran, Siti Nurmaya (2019) Kecerdasan spiritual dalam aplikasi telefon mudah alih menerusi hisbah refleksi al-nafs ke arah mendepani cabaran teknologi komunikasi. In: Seminar Teknologi Multimedia & Komunikasi 2019, 23-24 Julai 2019, Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi UNIVERSITI UTARA MALAYSIA.

[thumbnail of STMC 2019 76 81.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (968kB) | Request a copy

Abstract

Hisbah Refleksi Al-Nafs sebagai amalan kawalan dalam tingkah laku berdasarkan al-‘amr bi al-ma’ruf wa al-nahy an al-munkar memainkan peranan yang besar dalam merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kecerdasan Spiritual menerusi Hisbah Refleksi Al-Nafs dilihat sebagai alternatif atau mekanisme kawalan yang terbaik dalam memandu golongan remaja supaya berakhlak mulia.Kajian ini memfokuskan terhadap pembangunan aplikasi telefon mudah alih Hisbah Refleksi Al-Nafs berikutan penggunaan telefon mudah alih merupakan peranti yang paling dekat dengan seseorang individu.Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan Hisbah Refleksi Al-Nafs pelajar melalui aplikasi telefon mudah alih. Pembangunan aplikasi yang melibatkan 50 orang pelajar Kerohanian UUM sebagai responden kajian ini mengaplikasikan model reka bentuk ADDIE (Analyze, Design, Development, Implementation, Evaluation) sepanjang proses pembangunan. Proses pengumpulan data melibatkan soal selidik sebagai instrumen kajian dan data kajian dianalisis secara deskriptif (frekuensi, peratusan, dan min). Dapatan kajian bagi Tahap Amalan Hisbah Refleksi Al-Nafs berada pada aras interpretasi tinggi (min=8.71, sp=0.806). Hal ini menunjukkan bahawa kekerapan amalan Hisbah Refleksi Al-Nafs secara formal dan tidak formal responden kajian dalam kehidupan harian adalah tinggi.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: e-ISBN 978-967-16435-5-6 Anjuran: Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
Uncontrolled Keywords: Telefon Mudah Alih, Hisbah Refleksi An-Nafs, KoKurikulum
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Divisions: School of Multimedia Technology & Communication
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 14 Jan 2020 02:05
Last Modified: 14 Jan 2020 02:05
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/26714

Actions (login required)

View Item View Item