mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Konsep pembangunan semula Kampus Taman Siswa, Universiti Utara Malaysia

Said, Mohd Syahril and Ngah, Kamarudin and Talib, Azlizan and Yusoff, Mohd. Nazaruddin and Md Noh, Mat Khalid (2016) Konsep pembangunan semula Kampus Taman Siswa, Universiti Utara Malaysia. In: International Conference on Government & Public Affairs 2016 (ICOGPA2016), October 5th - 6th, 2016, School of Government, Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah, Malaysia.

This is the latest version of this item.

[thumbnail of ICOGPA 2016 1 10c.pdf]
Preview
PDF
Download (839kB) | Preview

Abstract

Kertas Kerja ini membincangkan cadangan konsep pembangunan semula kampus UUM di Taman Siswa, Jitra dan pelan strategik perlaksanaan projek yang telah dicadangkan.Kawasan kampus Taman Siswa UUM berkenaan telah menjangkau usia 32 tahun dan kini hanya beroperasi sebagai kawasan perumahan dan penginapan yang disewa kepada orang awam, pekerja industri, staf dan pelajar antarabangsa UUM. Faktor usia bangunan yang telah lama dan keadaan bangunan yang semakin uzur menyebabkan pihak pengurusan UUM terpaksa memperuntukan perbelanjaan kewangan yang tinggi bagi tujuan kos penyelenggaraan bangunan dan infrastruktur di persekitaran kawasan kampus tersebut yang berkeluasan 19 ekar.Beban kos penyelenggaraan yang semakin tinggi dan lokasi kawasan kampus yang sangat strategik di pusat tumpuan pembangunan baharu di Bandar Darul Aman menjadikan potensi pembangunan semula kampus berkenaan amat rasional dan berdaya maju.Hasil penemuan kajian mendapati potensi pembangunan semula kawasan kampus Taman Siswa amat tinggi dengan konsep tumpuan pembangunan berbentuk Pembangunan Bercampur iaitu melibatkan aktiviti perniagaan berkapasiti tinggi, perumahan bertingkat esklusif, pusat perubatan pakar, pusat pendidikan antarabangsa dan pembinaan utama iaitu Menara UUM yang menempatkan pusat pengajian siswazah UUM. Pembangunan baharu yang dicadangkan berupaya menjadi mercu tanda baharu pembangunan moden di Jitra dan menaikkan imej prestij UUM sebagai sebuah universiti pengurusan terkemuka.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN: 978-983-44661-7-6 Organized by: School Of Government, Universiti Utara Malaysia, (UUM), Sintok Kedah, Malaysia
Uncontrolled Keywords: gunatanah, pelan konsep, perlaksanaan projek
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
Divisions: School of Government
Depositing User: Mr. Mohd Syahril Said
Date Deposited: 01 Mar 2020 01:57
Last Modified: 17 Aug 2020 08:41
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/26760

Available Versions of this Item

Actions (login required)

View Item View Item