Abdul Rahman, Haliza (2010) Bencana persekitaran: Takdir atau balasan. In: International Seminar, Economic Regional Development, Law and Governance in Malaysia and Indonesia, 7-9 June 2010, Universitas Islam Riau Indonesia. Universitas Islam Riau Indonesia , Pekan Baru, Riau, pp. 1-17. ISBN 9789832078425
PDF
Restricted to Registered users only Download (56kB) |
Abstract
Bencana persekitaran boleh berlaku secara semula jadi tanpa campur tangan manusia. Namun, dalam tempoh 200 tahun kebelakangan ini, kebanyakan bencana persekitaran disumbangkan oleh faktor manusia yang melakukan kegiatan pembangunan yang seringkali tidak berharmoni dengan alam sekitar. Manusia seringkali dipersalahkan setiap kali berlakunya bencana persekitaran. Perkara ini ada benarnya jika ditinjau daripada tindak tanduk dan gaya hidup sebilangan masyarakat manusia yang tidak berharmoni dengan persekitaran mereka. Aktiviti pembangunan yang tidak mampan, penggunaan dan citarasa yang berlebihan di samping penggunaan sumber semulajadi secara membazir dan kurang berhemah merupakan antara faktor utama yang merangsang kepada kewujudan bencana persekitaran. Perkara ini berlaku kerana manusia dengan segala kudrat dan pengetahuan yang dimilikinya merupakan entiti yang mampu mempengaruhi alam sekitar serta komponennya. Kita telah sampai ke peringkat kritikal kerana krisis dan bencana persekitaran kini telah pun menjejaskan kehidupan dan kesihatan secara serius. Masalah ini akan menimbulkan ancaman lebih besar terhadap manusia pada dekad-dekad akan datang jika kita gagal bertindak sekarang melalui kaedah dan strategi yang betul dalam usaha mengekang segala permasalahan yang timbul akibat kelalaian dan kecuaian kita sendiri. Justeru, kejadian kemusnahan alam, kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa yang berlaku ekoran kelemahan dalam perancangan pembangunan terdahulu perlu dijadikan iktibar dalam merancang pembangunan masa depan supaya bencana yang sama tidak berulang.
Item Type: | Book Section |
---|---|
Additional Information: | Jointly organised by Universiti Utara Malaysia and Universitas Islam Riau Indonesia |
Uncontrolled Keywords: | alam sekitar, bencana persekitaran, manusia, pembangunan |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences |
Divisions: | College of Law, Government and International Studies |
Depositing User: | Mrs. Norazmilah Yaakub |
Date Deposited: | 03 May 2011 03:08 |
Last Modified: | 03 May 2011 03:08 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/2697 |
Actions (login required)
View Item |