mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Peranan wanita sebagai ejen sosialisasi generasi baru (pendidik di kalangan ahli keluarga) berhubung isu-isu alam sekitar

Ayob, Wahida and Abdul Jalil, Nursyuhadah (2010) Peranan wanita sebagai ejen sosialisasi generasi baru (pendidik di kalangan ahli keluarga) berhubung isu-isu alam sekitar. In: International Seminar, Economic Regional Development, Law and Governance in Malaysia and Indonesia, 7-9 June 2010, Universitas Islam Riau Indonesia. Universitas Islam Riau Indonesia, Convention Center, Universitas Islam Riau Indonesia. ISBN 9789832078425

[thumbnail of NURSYUHADAH_1.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (58kB)

Abstract

Negara sering berhadapan dengan pelbagai isu alam sekitar baik di udara, daratan mahupun di lautan, malah isu persekitaran tidak pernah berkesudahan biarpun terdapat pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan untuk mengekang masalah alam sekitar dari terus berleluasa. Kepesatan pembangunan sering mengundang masalah kepada alam sekitar menuntut sesebuah negara membangun seperti Malaysia menguruskan alam sekitar dengan lebih efektif. Tanggungjawab pengurusan alam sekitar tidak boleh diletakkan sepenuhnya atas tanggungjawab kerajaan. Memang diakui bahawa tanggungjawab terhadap pemuliharaan alam sekitar bermula dari pihak kerajaan dan seterusnya kepada peringkat komuniti untuk memastikan alam sekitar yang amat bernilai ini tidak berterusan tercemar serta mendatangkan masalah terhadap kehidupan manusia dan hidupan lain. Selain daripada penerapan pendidikan alam sekitar secara formal, pendidikan tidak formal perlu ditekankan untuk meningkatkan kesedaran individu memulihara alam sekitar yang amat bernilai ini. Sememangnya golongan wanita amat layak memikul tanggungjawab tersebut di mana peranan penting dalam pemuliharaan alam sekitar bermula dari rumah. Dengan berbekalkan tanggungjawab yang ada akan mendorong setiap wanita untuk melindungi alam sekitar dari mengalami pencemaran, malah amalan murni ini tidak akan berhenti di situ sahaja tetapi ia perlu disosialisasikan kepada generasi seterusnya. Tanggungjawab ini adalah selari dengan harapan kerajaan yang menyeru agar golongan wanita dapat meningkatkan modal intelektual seiring dengan proses transformasi yang berlaku dalam negara. Kertas kerja ini akan memberi penekanan pada perbincangan yang berkait dengan peranan yang perlu dimainkan oleh golongan wanita agar sama-sama terlibat dalam pengurusan alam sekitar yang bermula dari ruang rumah sendiri dan pentingnya pendidikan alam sekitar secara tidak formal kepada generasi muda.

Item Type: Book Section
Additional Information: Jointly organised by Universiti Utara Malaysia and Universitas Islam Riau Indonesia
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences
H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 04 May 2011 06:57
Last Modified: 04 May 2011 06:57
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/2740

Actions (login required)

View Item View Item