mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Tahap penggunaan komputer dalam kalangan guru pentadbir sekolah menengah di Malaysia: Satu kajian kes di daerah Kinta Perak

Lee, Yam Bee and Ahmad, Nazirmuddin (2009) Tahap penggunaan komputer dalam kalangan guru pentadbir sekolah menengah di Malaysia: Satu kajian kes di daerah Kinta Perak. In: Seminar Antarabangsa Pendidikan ICT Bernuansa Islami, 19-20 Disember 2009, Banda Acheh, Indonesia. (Unpublished)

[thumbnail of TAHAP_PENGGUNAAN_KOMPUTER_GURU-GURU_PENTADBIR_SEK._MENENGAH_DI_MALAYSIA_KAJIAN_KES_DI_KINTA_PERAK.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (117kB)

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau tahap penggunaan komputer dalam kalangan guru pentadbir (pengetua, penolong kanan 1, Penolong kanan Hal Ehwal Murid(HEM), Guru kanan bidang, Penolong Kanan Kokurikulum) dan masalah-masalah yang dihadapi dalam penggunaan komputer, serta sikap mereka terhadap penggunaan komputer dalam proses pengurusan dan pentadbiran sekolah. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini adalah berdasar soal selidik yang diguna pakai oleh Mariatun Mohd. Said (1997). Manakala responden kajian adalah terdiri daripada 119 di kalangan guru pentadbir sekolah di Kinta, Perak. Hasil kajian tahap penggunaan komputer dalam kalangan guru pentadbir ialah min=2.269, sd=1.212. Keputusan ujian crosstabs, berdasarkan khi kuasa dua (p< 0.05) menunjukkan terdapat kebergantungan yang signifikan di antara jawatan, pengalaman dan kemahiran mengguna komputer, penyertaan kursus, dan pemilikan komputer dengan tahap penggunaan komputer. Keputusan ujian t sampel tidak bersandar mendapati wujud perbezaan yang signifikan di antara penyertaan kursus komputer dengan dimensi sikap keyakinan [t(117) = 2.424, p = 0.003 p<0.05], keseronokan [t(117) = 2.525, p = 0.013 p<0.05], sokongan [t(117) = 2.424, p = 0.017 p<0.05]. Analisis Anova sehala pula mendapati wujud hubungan yang signifikan di antara pengalaman mengguna komputer dengan dimensi sikap ‘keyakinan’ [F(4,114) = 23.664, <0.05], ‘keseronokan’ [F(4,114) = 27.336, p<0.05], dan ‘kerisauan’ [F(4,114) = 10.808, p=0.05]. Dapatan kajian menunjukkan tidak wujud kebergantungan signifikan (p<0.05) di antara lokasi dan gred sekolah, jantina, dan umur dengan tahap penggunaan komputer. Analisis kekerapan (peratus) menunjukkan masalah utama penggunaan komputer dalam pengurusan sekolah di sekolah-sekolah kajian adalah tiada satu sistem pengurusan yang seragam untuk semua sekolah.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Anjuran bersama Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universitas Syiah Kuala (Unsyiah)
Subjects: L Education > LC Special aspects of education
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Juwita Johari
Date Deposited: 16 May 2011 08:58
Last Modified: 16 May 2011 08:58
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/2810

Actions (login required)

View Item View Item