mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Konsep dan amalan hukum nasab di Malaysia

Wan Abdullah, Wan Abd Rahman Khudzri and Abu Bakar, Md Zawawi (2008) Konsep dan amalan hukum nasab di Malaysia. In: Pembangunan kanak-kanak teori, isu dan cabaran. Arah Pendidikan, Shah Alam, pp. 51-59. ISBN 9789833718528

[thumbnail of Wan_Ab_Rahman_Khudzri_Wan_Abdullah,_Dr._&_Md_Zawawi_Abu_Bakar1.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (143kB)

Abstract

Artikel ini membincangkan tentang amalan nasab di dalam perundangan Islam serta aplikasinya di Malaysia. Nasab adalah suatu syariat lslam untuk memuliakan umatnya terutamanya dalam penentuan dan kesahihan asal keturunan seseorang. Persoalan untuk penentuan nasab adalah mudah jika perkahwinan dilakukan mengikut lunas-lunas syariat. Sebaliknya,menjadi suatu yang rumit jika kelahiran seseorang anak itu melalui perkahwinan yang fasid, syubhah atau kelahiran tanpa melalui pernikahan yang sah disisi syarak. Antaranya kelahiran zuriat hasil perzinaan, khalwat, rogol, sumbang mahram, pergaulan bebas dan sebagainya. Justeru itu, artikel ini cuba menjelaskan kenapa soal nasab dititikberatkan oleh Islam. Ini kerana pertalian darah akan menentukan hukum syariat lain antaranya ialah mahram, aurat, wali, harta pusaka dan sebagainya. Sehubungan itu, artikel ini cuba mendedahkan bahawa selain keperluan fizikal seperti makan, minum, pakaian dan tempat tinggal mahupun keperluan spiritual seperti ilmu, agama, kasih sayang dan sebagainya. Keperluan nasab bagi seseorang anak itu juga adalah menjadi kawajipan dan keperluan untuknya bagi menjalani kehidupan yang sempurna di dunia ini dan di akhirat.

Item Type: Book Section
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 29 Apr 2011 07:23
Last Modified: 29 Apr 2011 07:23
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/3001

Actions (login required)

View Item View Item