Yusof, Ab. Aziz (2010) Gelagat organisasi satu pendekatan strategik. Penerbit Universiti Utara Malaysia, Sintok. ISBN 9789675311307
Full text not available from this repository.Abstract
Buku ini disediakan khusus kepada pelajar-pelajar dalam bidang pengurusan untuk memahami, mendalami dan mempraktikkan amalan pengurusan organisasi yang terbaik. Di samping itu, buku ini juga disediakan khusus untuk pentadbir, pemimpin dan pengurus yang sedang mencari kaedah terbaik dalam pengurusan organisasi. Anda perlu sedar, mengurus organisasi pada hari ini jauh berbeza dengan organisasi semalam. Organisasi pada hari ini kaya dengan kepelbagaian, terdedah kepada persaingan dan berhadapan dengan perubahan yang lebih cepat. Semua ini menyediakan peluang dan juga ancaman. Kebolehan anda mengurus organisasi secara strategik sajalah yang bakal membolehkan anda dan organisasi anda memperoleh kelebihan daripadanya. Oleh itu, anda perlu berperanan sebagai pemudah cara, pemangkin dan juga pendorong dalam mengurus aset utama organisasi iaitu manusia. Anda perlu pastikan sikap, nilai, personaliti dan juga tanggapan yang mereka miliki mampu memberi nilai tambah kepada setiap rantaian aktiviti pengurusan yang telah dipertanggungjawabkan kepada anda.
Item Type: | Book |
---|---|
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management |
Divisions: | College of Arts and Sciences |
Depositing User: | Prof. Madya Ab Aziz Yusof |
Date Deposited: | 29 Apr 2011 02:53 |
Last Modified: | 29 Apr 2011 02:53 |
URI: | https://repo.uum.edu.my/id/eprint/3100 |
Actions (login required)
View Item |