mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pengaruh pembangunan sumber tenaga nuklear di Asia Timur Laut kepada Malaysia

Keling, Mohamad Faisol (2010) Pengaruh pembangunan sumber tenaga nuklear di Asia Timur Laut kepada Malaysia. In: Malaysia dalam hubungan antarabangsa serantau. Universiti Utara Malaysia, Sintok, pp. 171-187. ISBN 9789675311376

[thumbnail of Mohamad_Faisol_Keling_(2010)01.pdf] PDF
Restricted to Repository staff only

Download (400kB)

Abstract

Pemerebakan sumber tenaga nuklear ke negara membangun khususnya di rantau Asia Pasifik pada ketika ini ialah kesan daripada kesedaran rnasyarakat dunia tentang kepentingan dan faedah membangunkannya sebagai sumber tenaga alternatif. Senario ini turut memberi kesan dan membuka ruang kepada Malaysia untuk mula memberikan perhatian terhadap pembangunan sumber tenaga nuklear. Bencana nuklear yang berlaku pada Ogos 1945 di Jepun mengorbankan nyawa melebihi 200,000 orang, manakala kebocoran nuklear Chernobyl,Ukraine pada 26 April 1986 menyebabkan kepentingan nuklear sebagai sumber tenaga tidak mendapat perhatian masyarakat dunia (Ku Seman, 2005). Kebanyakkan negara memberi pandangan negatif bahawa pembangunan nuklear akan menjadi ancaman kepada keselamatan. Hakikatnya, nuklear merupakan sumber tenaga yang memberi impak positif kepada ekonomi, politik dan kemajuan sesebuah negara. Sememangnya sumber nuklear disalahtafsirkan dan menjadi faktor yang menyebabkan kadar proses pembangunan negara membangun tidak sepantas negara maju. Kejayaan negara membangun seperti Korea Selatan, Brazil, India dan Pakistan yang membangunkan nuklear memberi dampak perubahan dalam persepsi negara membangun terhadap kepentingan nuklear. Pengaplikasian sumber tenaga nuklear di rantau Asia Pasifik khususnya negara Asia 'Timur bukanlah perkara baharu dalam arena pembangunan nuklear, sebaliknya menjana kemajuan dan pembangunan pesat hasil daripada kecekapan menguruskan penggunaan sumber tenaga. Sesuatu yang menarik ialah sumber tenaga nuklear kini semakin berkembang, malah idea pemilikan sumber tenaga alternatif ini turut merebak ke rantau Asia Tenggara termasuk Indonesia, Thailand dan Myanmar. Perubahan dalam pembangunan dan pemilikan sumber tenaga alternatif ini turut mempengaruhi serta mendorong pendirian dan tanggapan Malaysia terhadap penggunaan nuklear sebagai sumber tenaga alternatif. Kenaikan harga minyak dunia sehingga USD 150 setong pada Julai 2008 menyebabkan Malaysia terpaksa menaikkan harga minyak dan mengurangkan subsidi minyak daripada RM 1.92 seliter kepada RM2.70 seliter pada pertengahan tahun 2008. Senario ini memberikan bebanan yang besar kepada kerajaan Malaysia dan rakyat. Fenomena kenaikan harga minyak dunia ini turut mempengaruhi Malaysia untuk beralih kepada sumber tenaga nuklear sebagai sumber alternatifnya. Pada masa yang sama, tindakan perkembangan penggunaan sumber tenaga nuklear yang semakin pesat pada peringkat serantau turut mempengaruhi kerajaan Malaysia untuk membuka ruang dalam membangunkan sumber tenaga tersebut. Nuklear ialah sumber tenaga yang mampu menjadi alternatif kepada negara dalam sistem antarabangsa. Ketika dunia sedang menghadapi masalah sumber tenaga, tenaga nuklear menjadi tumpuan dan pertimbangan bagi kebanyakan negara dalam mengurangkan pergantungan kepada sumber minyak dan gas. Uranium merupakan unsur utama nuklear yang dapat menyalurkan tenaga dan merupakan sumber galian sukar ditemui. Uranium ditemui oleh Martin Heinrich Klaprorth (1743-1 8 17) yang merupakan saintis Jerman pada tahun 1789 manakala Antoine Becquerel (1852-1908) pula menemui uranium mempunyai kandungan radioaktif pada tahun 1789. Nuklear sebenarnya merupakan sumber yang dapat memberi impak dalam penghasilan persenjataan, tenaga dan perubatan manakala dalam konteks lebih luas, memberikan kesan besar terhadap sesebuah negara melibatkan aspek politik, ekonomi dan keselamatan secara umum. Kepentingan uranium tidak hanya terhad dalam aspek tenaga tetapi juga merangkumi ekonomi, politik dan ketenteraan. Ini kerana sesebuah reaktor nuklear yang berkuasa 1,000 megawatt (mw) mampu menjana tenaga elektrik kepada sebuah bandar moden yang terdiri daripada sejuta orang penduduk. Pada masa sama, uranium dapat diperkaya sebagai senjata nuklear yang dapat memberi kesan besar-besaran dalam operasi ketenteraan. Kepentingan ini terbukti apabila Perang Dunia kedua pada tahun 1945 ditamatkan dengan hanya pengguguran dua biji bom nuklear di Hiroshima dan Nagasaki yang secara langsung memusnahkan manusia dan tamadunnya serta meninggalkan kesan radiasi sehingga ke hari ini. Sehingga kini, nuklear bukan lagi isu baharu di Asia Pasifik, sebaliknya dibangunkan secara meluas khusus dalam menjana sumber tenaga bagi memastikan kemajuan dan memenuhi keperluan semasa sesebuah negara. Percambahan nuklear di Asia Pasifik dan kemelut kenaikan harga minyak dunia pasti akan memberikan kesan dan pengaruh terhadap dasar Malaysia untuk membangunkan nuklear. Justeru, bab ini akan membincangkan bagaimanakah pembangunan sumber tenaga nuklear serantau memberi kesan terhadap Malaysia untuk membangunkannya?

Item Type: Book Section
Subjects: J Political Science > JZ International relations
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 22 May 2011 08:09
Last Modified: 22 May 2011 08:09
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/3112

Actions (login required)

View Item View Item