mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Kolonialisme di Tanah Melayu: Pembentukan masyarakat majmuk

Mukhtaruddin, Mas Juliana (2002) Kolonialisme di Tanah Melayu: Pembentukan masyarakat majmuk. In: Kenegaraan Malaysia isu-isu dalam pembinaan negara. PTS, Bentong, pp. 50-59. ISBN 983192312X

[thumbnail of Mas_Juliana_Mukhtaruddin01.pdf] PDF
Restricted to Repository staff only

Download (129kB)

Abstract

Malaysia pada hari ini adalah sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat pelbagai bangsa yang hidup dalam suasana harmonis dan aman damai. Ini adalah hasil daripada sikap tolak ansur dan kerjasama antara kaum yang wujud semenjak British memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu sehingga ke hari ini. Pada dasarnya, orang Melayu, Cina dan India adalah tiga kumpulan bangsa utama di Malaysia diikuti dengan beberapa kumpulan kaum minoriti yang lain antaranya Orang Asli, Serani dan Benggali. Sejarah membuktikan masyarakat Melayu telah lama mempunyai hubungan dengan kaum Cina dan India sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa itu Melaka adalah pusat perdagangan utama serta jalan perhubungan antara negeri China dan India di Asia Tenggara (Chowdhury, 1997). Keadaan ini membolehkan masyarakat Melayu di Melaka berinteraksi dengan berbagai masyarakat antarabangsa yang datang bagi melakukan aktiviti perdagangan. Perhubungan antara kaum ini menjadi semakin ketara di zaman penjajahan Inggeris. Penjajah Inggeris memindahkan imigran-imigran luar terutamanya dari negara China dan India untuk bekerja di Tanah Melayu. Kemasukan buruh asing tersebut adalah satu agenda ekonomi Inggeris bagi mengusahakan lombong-lombong bijih timah dan ladang-ladang getah. Keadaan ini dapatlah disifatkan sebagai pengeksploitasian yang dilakukan oleh penjajah Inggeris terhadap tenaga buruh asing serta sumber bumi di Tanah Melayu demi keuntungan revolusi perindustrian Eropah. Selain daripada kemasukan masyarakat Cina dan India, turut berlaku penghijrahan penduduk Indonesia ke Tanah Melayu. Situasi ini mengubah corak populasi di Tanah Melayu daripada sebuah negara yang didiami oleh masyarakat Melayu kepada pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia. Bagi memahami persoalan ini dengan lebih lanjut, penulisan ini akan membicarakan berkenaan beberapa aspek seperti kefahaman terhadap masyarakat majmuk, proses terbentuknya masyarakat majmuk di Malaysia kesan perpindahan masyarakat dari luar.

Item Type: Book Section
Subjects: D History General and Old World > DS Asia
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 25 May 2011 02:36
Last Modified: 25 May 2011 02:36
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/3133

Actions (login required)

View Item View Item