mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Masalah kesihatan di kalangan pendatang asing dan implikasinya di Kedah Darulaman

Abdul Rahim, Radziah and Abdullah, Siti Alida John and Ab Ghani, Rohani (2000) Masalah kesihatan di kalangan pendatang asing dan implikasinya di Kedah Darulaman. In: Seminar Kedah 100 Tahun, 20-21 Ogos 2000, Universiti Utara Malaysia. (Unpublished)

[thumbnail of Radz.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (576kB)

Abstract

Sumbangan pendatang asing dalam pembangunan ekonomi dan negara tidak dapat disangkal terutama dalam sektor-sektor penting seperti perladangan, pembuatan dan perindustrian yang ketandusan tenaga kerja bukan profesional. Namun, kehadiran mereka turut membawa beberapa implikasi terhadap struktur sosial, ekonomi dan politik. Kedah yang turut menumpukan perhatian kepada sektor pembuatan dan perindustrian dalam Rancangan Tindakan Pembangunan Negeri Kedah 1991-2000 juga tidak terlepas daripada masalah ini. Kajian yang dijalankan untuk melihat sejauhmana seriusnya masalah sosial, yang antaranya menyentuh aspek kesihatan, mendapati bahawa sungguhpun negeri ini bebas daripada ancaman penyakit baru tetapi ia merekodkan peningkatan kes penyakit merbahaya seperti HIV/AIDS, hepatitis, batuk kering dan penyakit kelamin di kalangan pendatang asing. Pendatang asing yang mendapatkan rawatan di hospital-hospital awam dan pejabat kesihatan daerah (PKD) ini tidak dinafikan kemudahan kesihatan atas sifat kemanusiaan. Kajian ini mendapati bahawa, pada amnya, jumlah bayaran perkhidmatan yang diterima daripada mereka adalah kurang berbanding kos yang ditanggung oleh hospital-hospital dan PKD. Ini bermakna kerajaan tcrpaksa menanggung subsidi kesihatan awam bagi pendatang asing sepertimana penduduk tempatan walaupun jumlah peratusan pesakit asing yang menggunakan perkhidmatan awam di Kedah adalah kurang daripada satu peratus daripada jumlah keseluruhan pesakit.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Anjuran Sekolah Pembangunan Sosial, Universiti Utara Malaysia
Subjects: J Political Science > JV Colonies and colonization. Emigration and immigration. International migration
R Medicine > RA Public aspects of medicine
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 28 Nov 2011 04:23
Last Modified: 07 Dec 2016 03:38
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/3705

Actions (login required)

View Item View Item