mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Cabaran hubungan serantau Malaysia-Indonesia : Tinjauan umum terhadap peristiwa konfrantasi 1963-1966

Ab Ghani, Rohani and Paidi, Zulhilmi (2003) Cabaran hubungan serantau Malaysia-Indonesia : Tinjauan umum terhadap peristiwa konfrantasi 1963-1966. In: Seminar Hubungan Malaysia-Indonesia , 8-9 April 2003, Universitas Islam Riau, Pekan Baru, Indonesia. (Unpublished)

[thumbnail of Radzi.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (376kB)

Abstract

Hubungan luar dan dasar luar sesebuah negara merupakan di antara intipati bagi pengukuhan dan kejayaan sesebuah negara.Perkembangan ekonomi , politik dan sosial sesebuah negara perlu dihubungkan dengan negara lain agar ia dapat dikongsi bersama dan sekuligus memacu kemajuan.Negara yang bersendirian akan tersisih dan terpinggir dari arus kemajuan dan pembangunan. Dalam konteks hubungan antara negara ini, hubungan yang baik dun bertoleransi adalah amat penting. Walau bagaimanapun ada kalanya kita tidak dapat lari dari berlaku persengketaan akibat dari salah faham ataupun atas dorongan yang lain. Ini sering kali berlaku antara negara jiran yang kadangkala berkongsi kepentingan ataupun sempadan. Sesekali berlaku ianya dijadikan panduan agar tidak berulang di hari depan. Justeru itu kertas kerja ini akan membincangkan cabaran paling besar dalam hubungan serantau di antara Malaysia dun Indonesia sepanjang sejarah perkembangan kedua-dua negara. Kertas ini akan membicarakan Konfrantasi 1963-1966 yang merupakan peristiwa malang bagi hubungan kedua buah negara yang datang dari rumpun bangsa yang sama. Tumpuan diberikan untuk melihat secara umum latar belakang peristiwa, pengaruh peristiwa konfrantasi kepada hubungan bilateral dun juga impak keseluruhan yang dihasilkan oleh tragedi ini. Ini diharap dapat memberikan gambaran dan panduan secara umum tentang hubungan Malaysia dan Indonesia terutamanya dalam menghasilkan keputusan bagi dasar luar kedua-dua buah negara sama ada terhadap negara lain ataupun sesama sendiri.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Anjuran bersama Universiti Utara Malaysia dan Universitas Islam Riau
Subjects: D History General and Old World > DS Asia
J Political Science > JZ International relations
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Prof. Madya Dr. Rohani Haji Ab Ghani
Date Deposited: 28 Nov 2011 05:50
Last Modified: 07 Dec 2016 03:37
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/3706

Actions (login required)

View Item View Item