mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Ekonomi pesisiran pantai dan masyarakat setempat di kawasan Paka-Kertih - Impak ke atas ekosistem marin

Sharma, Dionysius and Nadeson, Thiagarajan and Zulkifli, Rahayu (2004) Ekonomi pesisiran pantai dan masyarakat setempat di kawasan Paka-Kertih - Impak ke atas ekosistem marin. In: Seminar Sumberjaya Pinggir Pantai dan Pelancongan: Isu dan Cabaran, 20-21 Disember 2004, Bukit Merah Laketown Resort, Perak. (Unpublished)

[thumbnail of Ec.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Kawasan persisiran pantai Paka-Kertih, Terengganu sepanjang 16 kilometer ialah salah satu kawasan tumpuan utama pendaratan penyu dan pada suatu ketika dahulu pernah menampung pendaratan 50% Penyu Belimbing, 45% Penyu Agar dan 15% Penyu Lipas daripada keseluruhan pendaratan penyu di Terengganu. Namun, berikutan penemuan dan penerokaan gas dan petroleum di kawasan luar pesisir pantai Terengganu pada akhir tahun 1970'an, Kerteh telah berkembang pesat sebagai sebuah kawasan pemprosesan hasil gas dan petroleum negara yang terbesar. Infrastruktur untuk menampung pelbagai keperluan industri petroleum dan gas seperti jalan-jalan raya, pelabuhan, stesen janakuasa elektrik, kilang petrokimia, terminal pemprosesan minyak mentah, dan sebagainya telah didirikan. Penghijrahan pekerja dari luar untuk mengisi permintaan industri petroleum ini turut meningkat dengan pesatnya. Walaupun perkembangan ekonomi dijangka akan menaikkan taraf dan kualiti hidup masyarakat tempatan namun perkembangan aktiviti di persisiran pantai ini telah banyak menghasilkan impak negatif ke atas aktiviti penangkapan ikan dan pendaratan serta populasi penyu. Di samping itu, populasi penyu turut menurun akibat daripada ancaman penggunaan pukat yang membahayakan penyu, pemakanan telur penyu, pencemaran, kemusnahan habitat dan lain-lain lagi. Untuk menangani kemorosotan ini, WWF Malaysia, bersama agensi kerajaan dan badan korporat telah memulakan program pendidikan dan peningkatan kesedaran di kalangan masyarakat tempatan supaya masyarakat boleh meningkatkan manfaat dan taraf ekonomi mereka melalui peluang pekerjaan dalam bidang eko-pelancongan seperti pemandu pelancong, pengusaha chalets atau homestays dan sebagainya di samping peningkatan populasi penyu dapat dipelihara.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Dianjurkan oleh Fakulti Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Alam Sekitar Universiti Utara Malaysia
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 28 Nov 2011 06:56
Last Modified: 28 Nov 2011 06:56
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/3734

Actions (login required)

View Item View Item