mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Industri pelancongan pinggir pantai: Impak ekonomi dan sosial

Abdul Rahman, Maria (2004) Industri pelancongan pinggir pantai: Impak ekonomi dan sosial. In: Seminar Sumberjaya Pinggir Pantai dan Pelancongan: Isu dan Cabaran, 20-21 Disember 2004, Bukit Merah Laketown Resort, Perak. (Unpublished)

[thumbnail of ind.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Walaupun sejarah pengembaraan di Malaysia telah bermula sebelum zaman Kesultanan Melayu Melaka dalam abad ke 15, namun industri pelancongan hanya telah diberi perhatian yang serius oleh Kerajaan sehingga awal tahun 1970an (Kadir Din,1997). Perkembangan industri ini telah bermula semasa industri utama negara iaitu bijih timah dan getah asli mula mengalami kemerosotan dan pendapatan eksport dari komoditi tersebut semakin berkurangan (Hitchcock, King dan Parnwell, 1993). Kerajaan membangunkan industri pelancongan sebagai memenuhi objektif pembangunan negara iaitu meningkatkan hasil negara, gunatenaga, mempelbagaikan asas ekonomi dan merangsang pembangunan wilayah. Sejak itu, industri ini telah berkembang pesat sehingga telah menjadi sebuah industri yang penting. Dalam tahun 2003, industri pelancongan menyumbang 4.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Bilangan kemasukan pelancong asing adalah seramai 10.58 juta orang dengan pendapatan kepada negara sebanyak RM21,291.1 juta (Malaysia, 2003). Pergantungan industri ini kepada faktor luaran, perubahan gelagat pengguna, persaingan dan keadaan ekonomi dan politik negara destinasi menyebabkan ia menjadi industri yang sensitif dan kurang stabil. Wabak Sindrom Pernafasan Yang Akut (SARS), pencerobohan ke atas Iraq, serangan ke atas Bali dan kebimbangan pelancong terhadap aktiviti keganasan telah mempengaruhi bilangan ketibaan pelancong asing ke Malaysia. Dalam bulan April 2003, bilangan pelancong telah jatuh kepada 457,000 orang. Ketibaan pelancong dari China, Taiwan, Hong Kong dan Singapura telah berkurangan kerana sekatan perjalanan yang dikenakan ke atas negara-negara ini untuk membendung wabak SARS (Malaysia, 2003). Walau bagaimanapun peningkatan dalam bilangan ketibaan pelancong asing sebanyak 71.7 peratus sepanjang tujuh bulan pertama tahun 2004 akan menyebabkan sasaran bilangan pelancong berjumlah 15 juta orang dengan pendapatan berjumlah RM30 juta bagi tahun 2004 akan tercapai (Malaysia, 2004a). Sehubungan itu,aktiviti pelancongan perlu dipelbagaikan untuk terus mempromosikan Malaysia dan menjadikan industri pelancongan satu industri yang berdaya saing. Menurut Harssel (1994), aktiviti pelancongan boleh lklasifikasikan kepada 10 jenis iaitu pelancongan alam semulajadi, pelancongan budaya, pelancongan sosial, pelancongan aktif, pelancongan reakreasi, pelancongan sukan, pelancongan terkhusus, pelancongan keagamaan, pelancongan kesihatan dan pelancorlgan etnik. Kertas kerja ini bertujuan membincangkan impak ekonomi dan sosial pelancongan pinggir pantai serta prospek dan cabaran industi ini. Bahagian pertama akan membincangkan secara umum zon pinggir pantai. Bahagian kedua akan membincangkan industri pelancongan pinggir pantai. Untuk tujuan kertas kerja ini perbincangan hanya meliputi Semenanjung Malaysia. Bahagian ketiga akan membincangkan impak ekonomi dan sosial pelancongan pinggir pantai. Seterusnya,prospek dan cabaran industri ini akan dibincangkan dalam bahagian keempat. Kesimpulan dan cadangan untuk menghasilkan industri pelancongan pinggir pantai yang efisien dan berdaya saing akan dibincangkan dalam bahagian terakhir.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Dianjurkan oleh Fakulti Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Alam Sekitar, Universiti Utara Malaysia
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation Leisure
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 29 Nov 2011 02:02
Last Modified: 29 Nov 2011 02:02
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/3742

Actions (login required)

View Item View Item