mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Penilaian pantai-pantai di Utara Semenanjung - suatu pendekatan

Mohamed, Badaruddin and Hussin, Abdul Aziz and Abdullah, Aldrin and Omar, Shida Irwana (2004) Penilaian pantai-pantai di Utara Semenanjung - suatu pendekatan. In: Seminar Sumberjaya Pinggir Pantai dan Pelancongan: Isu dan Cabaran, 20-21 Disember 2004, Bukit Merah Laketown Resort, Perak. (Unpublished)

[thumbnail of penilai.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (882kB)

Abstract

Kertas kerja ini membincangkan mengenai pendekatan suatu Penyelidikan Jangka Panjang IRPA. Objektif utama penyelidikan ini adalah menyenaraikan mengikut penilaian sumber pelancongan semulajadi di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang. Sumber-sumber semulajadi yang telah dikenalpasti seperti pantai dan air terjun dinilai dengan menggunakan borang penilaian yang telah direkabentuk. Kertas kerja ini membincangkan metodologi dan pendekatan dalam menilai produk-produk tersebut. Lima faktor penilaian telah dirangka untuk menilai daya tarikan dan kualiti produk merangkumi kemudahsampaian dan pengangkutan, penginapan, infrastruktur dan kemudahan, aktiviti pelancong dan rupabentuk fizikal. Hasil penemuan dari penyelidikan ini adalah suatu senarai kuantitatif mengikut ranking yang boleh membantu perancang pembangunan pelancongan dalam merangka produk dan laluan pelancongan yang berpotensi dan membangunkan sektor pelancongan wilayah secara berintegrasi.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Dianjurkan oleh Fakulti Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Alam Sekitar, Universiti Utara Malaysia
Uncontrolled Keywords: produk pelancongan, surrtber semulajadi, penilaian
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation Leisure
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 30 Nov 2011 04:39
Last Modified: 30 Nov 2011 04:39
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/3774

Actions (login required)

View Item View Item