mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Tenaga solar Pulau Singa Besar: Kajian kes Pulau Pelancongan Lestari

Ab. Kader, Mohd. Azamnie and Norashid, Yusmadi and Ibrahim, Kamarulazizi (2004) Tenaga solar Pulau Singa Besar: Kajian kes Pulau Pelancongan Lestari. In: Seminar Sumberjaya Pinggir Pantai dan Pelancongan: Isu dan Cabaran, 20-21 Disember 2004, Bukit Merah Laketown Resort, Perak. (Unpublished)

[thumbnail of Ten.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Kepulauan kecil di seluruh dunia sedang menghadapi krisis tenaga dan pencemaran walaupun pada hakikatnya ia kaya dengan sumber-sumber tenaga seperti tenaga solar, biojisim, tenaga angin dan ombak. Dengan peningkatan harga minyak yang telah melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh 20 tahun serta meningkatnya kesedaran pemeliharaan persekitaran semulajadi, maka teknologi tenaga bersih atau tenaga diperbaharui semakin diperlukan dan ia dijangka akan menukar corak kehidupan penghuni kepulauan seluruh dunia tidak lama lagi. Pulau Singa Besar (PSB) merupakan salah sebuah dari 99 pulau kecil yang terdapat di sekitar Pulau Langkawi. Ia meliputi keluasan sebanyak 636 hektar, 6.5 km panjang dari utara ke selatan dan 2.5 km lebar dari timur ke barat. PSB diliputi oleh tanah berbukit di mana 75% daripadanya berkecerunan sebanyak 20° dan ke atas.Rupa bentuk PSB adalah unik dan membentuk satu formasi 'singa'. PSB telah dijadikan Pulau Sains dan Teknologi Malaysia oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan USAINS Holding Sdn Bhd., Universiti Sains Malaysia telah diamanahkan untuk menguruskannya.PSB bertemakan Pemeliharaan, Pemulihan dan Pembangunan Lestari; Tenaga Solar; Mesra Alam; Pulau Pendidikan dan Penyelidikan.PSB telah mengazetkan sebuah makmal 'saiz sebenar' bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan sains di mana empat unsur telah dibangunkan iaitu flora dan fauna, astronomi, geologi serta tenaga diperbaharui iaitu tenaga suria.Sebagai sebuah pulau pelancongan pertama di Malaysia yang menggunakan tenaga suria, PSB mendemonstrasikan tenaga elektrik solar yang telah dibangunkan dengan pemasangan 80 panel solar di jeti pulau tersebut.Ia berupaya menghasilkan 63 volt.PSB juga turut mempunyai sebuah ikon atau maskot bergerak iaitu Bot Suria Perdana yang juga menggunakan tenaga solar.Kertas kerja ini membentangkan PSB sebagai kajian kes untuk perancangan tenaga bagi sebuah Pulau Pelancongan Lestari.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Dianjurkan oleh Fakulti Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Alam Sekitar Universiti Utara Malaysia
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation Leisure
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 28 Dec 2011 02:54
Last Modified: 28 Dec 2011 02:54
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/3787

Actions (login required)

View Item View Item