mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Rancangan hiburan di televisyen: Ke arah peminggiran 'bahasa jiwa bangsa'

Hashim, Nasihah and Yusoff, Nuraini and Mansor, Marzalina and Ahmad, Faizah and Ahmad, Ainal Akmar (2010) Rancangan hiburan di televisyen: Ke arah peminggiran 'bahasa jiwa bangsa'. In: Seminar Pendidikan Melayu Antarabangsa (SePMA) 2010, 29-31 Mac 2010, Universiti Malaysia Perlis. (Unpublished)

[thumbnail of Na.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (682kB)

Abstract

Faktor utama yang dikenal pasti dalam pembentukan tamadun manusia ialah agama dan bahasa (Braudel, 1993: Huntington, 1996; T. A. Ridwan, 2004) kini tamadun manusia boleh dikatakan berada di puncak kegemilangan namun agama dan bahasa tetap menunjangi pembentukan modal insan yang menjana ketamadunan tersebut. Tidak hairanlah seandainya sesuatu tamadun akan terhakis dengan terhakisnya bahasa dan bangsa akan pupus dengan pupusnya bahasa. Justeru dalam makalah ini akan ditinjau aspek pembangunan modal insan dari sudut penggunaan bahasa Melayu di televisyen. Umum sedia maklum bahawa televisyen antara media yang berkesan untuk mempengaruhi masyarakat khususnya golongan remaja dan pelajar. Pandangan ini turut disokong oleh pelbagai dapatan penyelidikan. Jadi sejauh manakah slogan 'Bahasa jiwa Bangsa' mendapat sokongan daripada media? Hakikatnya bahasa bukan sahaja melibatkan kata-kata tetapi merangkumi keseluruhan roh dunia bangsa Melayu.Kemusykilan ini telah mendorong pengkaji meneliti rancangan-rancangan hiburan di televisyen. Rancangan-rancangan tersebut ialah Melodi, Sempurnakan Harimu,Muzik Muzik, Mencari Cinta, Terjah, Galaksi dan Fuhh. Kajian mendapati bahawa pengacara dan tetamu yang terlibat turut meminggirkan kemurnian bahasa Melayu. Peminggiran bahasa tersebut dapat dikategorikan seperti berikut, iaitu tatabahasa, bahasa rojak, bahasa slanga dan kesatunan bahasa. Perkara ini tidak boleh dipandang remeh kerana dalam tahun 2010 didapati semakin banyak rancangan hiburan yang lebih berani diterbitkan berbanding lima tahun yang lalu. Oleh yang demikian, pembangunan modal insan menuntut supaya pihak media khususnya penerbit-penerbit rancangan hiburan untuk bertanggungjawab dalam melestarikan kemurnian bahasa melalui pendidikan tidak formal ini agar tidak bersubahat dalam peminggiran 'Bahasa Jiwa Bangsa'.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Anjuran Kerajaan Negeri Perlis & Universiti Malaysia Perlis Bersama Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia & Sekretariat Dunia Melayu Dunia Islam ISBN 978-967-5760-00-6
Uncontrolled Keywords: Rancangan hiburan televisyen, tatabahasa, bahasa rojak, bahasa slanga, kesatunan bahasa
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 19 Dec 2011 09:20
Last Modified: 19 Dec 2011 09:20
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/3823

Actions (login required)

View Item View Item