mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pengurusan hasil dan belanja pihakberkuasa tempatan

Tayib, Mahamad (1995) Pengurusan hasil dan belanja pihakberkuasa tempatan. Working Paper. Universiti Utara Malaysia, Sintok. (Unpublished)

[thumbnail of MOHAMAD_TAYIB_-_Pengurusan_Hasil_Dan_Belanja_Pihak_Berkuasa_Tempatan_(1995).pdf] PDF
Download (1MB)

Abstract

Masalah pengurusan hasil dan belanja adalah topik yang hangat diperdebatkan sejak sebelum penyatuan pihak berkuasa tempatan iaitu sebelum tahun 1976 hinggalah ke hari ini. Ketidakcukupan sumber kewangan adalah faktor yang mengenelamkan faktor-faktor lain apabila berhujah mengenai kelemahan pentadbiran pihak berkuasa tempatan. Kertas kerja ini cuba menarik sedikit perhatian berhubung dengan pengurusan hasil dan belanja. Hasil dan belanja tidak akan wujud tanpa adanya sesuatu entiti. Tiap-tiap entiti mempunyai organisasinya yang tersendiri dan mempunyai matlamat / objektif yang hendak dicapai. Jika jelas objektifnya, maka mudahlah pengendalian organisasinya. Organisasi disini bermaksud interaksi sesebuah entiti, termasuk pekerja, peralatan, masa, wang dan modal. Maka dengan itu, pihak berkuasa tempatan perlulah memiliki satu rangka kerja perlaporan yang jelas disamping memiliki panduan yang seragam dan sistematik. Pengurusan hasil dan belanja akan menjadi mudah, pencapaian dan prestasi dibentang dapat difahami oleh pengguna. Kesimpulan yang boleh dibuat disini ialah pihak berkuasa tempatan perlu memiliki objektif yang khusus, rangka kerja perlaporan kewangan yang sistematik dan peraturan dan undang-undang yang jelas bagi memudahkan pengendalian operasinya. Kerjasama daripada semua pihak (JAN, MIA, MACPA, IPSAM, IPT) perlu digabungkan di dalam memantapkan sistem perakaunan pihak berkuasa tempatan.

Item Type: Monograph (Working Paper)
Subjects: H Social Sciences > HJ Public Finance
Divisions: College of Business
Depositing User: Prof. Dr. Mahamad Tayib
Date Deposited: 20 Feb 2014 00:45
Last Modified: 20 Feb 2014 00:45
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/3896

Actions (login required)

View Item View Item