mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Ketaatan pengundi terhadap parti UMNO dan Pas di Kedah

Mohd Basri, Ahmad Fawzi and Sakdan, Mohd Fo'ad and Saad, Shafee (1995) Ketaatan pengundi terhadap parti UMNO dan Pas di Kedah. In: Seminar Penyelidikan UUM, 15 November 1995, Pusat Konvensyen, Universiti Utara Malaysia. (Unpublished)

[thumbnail of PROF._MADYA_DR_AHMAD_FAWZI_MOHD_BASRI_-_Ketaatan_Pengundi_Terhadap_Parti_UMNO_dan_Pas_di_Kedah_(1995).pdf] PDF
Download (1MB)

Abstract

Pengundian memainkan peranan yang amat penting dalam pembinaan struktur kerajaan dan perjalanan proses politik. Justeru itu kajian mengenai perilaku pengundi merupakan suatu subjek yang menarik di dalam sesebuah negara yang mengamalkan demokrasi. Penelitian terhadap ketaatan pengundi merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi dalam penentuan pengundi memilih parti manakah yang disokong pada pilihanraya yang dijalankan. Kajian ini telah meninjau seramai 91.1 orang melayu yang terdiri daripada tiga kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu Jerlun, Pendang dan Kota Darulaman di Kedah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa angkubah ketaatan ini bukanlah suatu yang statik. Dalam ertikata lain ia sebenarnya dipengaruhi juga oleh faktor-faktor ataupun pola demografi setempat. Dari aspek pekerjaan, mereka yang bekerja di sektor swasta akan lebih gemar melakukan 'swing vote' berbanding dengan kelompok yang lain. Hal yang sama dilakukan oleh mereka yang dikategorikan pada peringkat umur kurang daripada 30 tahun, responden yang mempunyai tahap pendidikan tinggi (universiti), serta kelompok yang mempunyai pendapatan antara RM1501.00 hingga RM2000.00. Sementara itu, bagi kategori yang lainnya tidak ada 'anjakan ketara' dari aspek ketaatan ini yang diteliti berdasarkan pola pembuangan undi pada pilihanraya 1986,1990 dan jangkaan 1995. Selain daripada itu pola penempatan jelas memberikan gambaran bahawa taburan ketaatan bagi pengundi parti PAS adalah bertumpu di kawasan luar bandar (Pendang dan Jerlun) berbanding di kawasan Kota Darulaman.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: J Political Science > JF Political institutions (General)
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Dr. Mohd. Foad Sakdan
Date Deposited: 20 Feb 2014 00:53
Last Modified: 20 Feb 2014 00:53
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/3900

Actions (login required)

View Item View Item