mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Wanita dan penjagaan warga tua: satu kajian awalan di daerah Tuaran, Sabah

Ismail, Rosnah and Ibrahim, Habibie (2002) Wanita dan penjagaan warga tua: satu kajian awalan di daerah Tuaran, Sabah. Jurnal Pembangunan Sosial (4&5). pp. 27-46. ISSN 1394-6528

[thumbnail of Rosnah_Ismail.pdf]
Preview
PDF
Download (1MB) | Preview

Abstract

Secara tradisi, keluarga luas memberikan sokongan kepada warga tua. Tetapi disebabkan faktor-faktor urbanisasi, migrasi generasi muda ke bandar-bandar besar bagi mencari pekerjaan menyebabkan tugas penjagaan warga tua diberikan kepada kaum wanita yang sememangnya memegang peranan tradisi dalam keluarga. Tugas penjagaan warga tua ini mungkin membebankan kaum wanita yang juga bekerja di luar rumah, dan menguruskan rumahtangga. Kajian ini bertujuan meninjau pandangan dan persepsi kaum wanita mengenai penjagaan warga tua dan mencadangkan langkah-langkah bagi penjagaan warga tua secara berkesan. Seramai 197 orang wanita telah ditemuduga di daerah Tuaran, Sabah yang meliputi 3 kampung iaitu Kg. Serusup, Kg. Pekan Nabalu dan Kg. Laya-Laya. Wanita yang dipilih secara rawak ini terdiri daripada etnik Bajau, Kadazan, dusun dan Melayu. Soalselidik yang digunakan untuk temuduga mengandungi 10 item merangkumi penjagaan warga tua. Had kajian menunjukkan 59.4 peratus wanita memberikan bantuan kewangan dan barangan kepada ibu bapa mereka. Bantuan dalam penjagaan warga tua yang sakit amat diperlukan seperti rawatan kesihatan dan ubat-ubatan. Anak lelaki dan perempuan biasanya bersama-sama menjaga warga tua yang sakit. Walaupun mengalami kesulitan menjaga warga tua, namun 52.3 peratus wanita sanggup meluangkan masa selama lima jam sehari bagi penjagaan warga tua. Seramai 87.3 peratus wanita menyatakan mendapat pertolongan daripada ahli-ahli keluarga dalam penjagaan warga tua selain bantuan daripada jiran dan kakitangan perubatan. Hasil kajian menunjukkan 85.8 peratus wanita tidak terfikir untuk menghantar ibu dan bapa mereka ke rumah orang tua. Seramai 75.1 peratus wanita menyatakan mereka melibatkan warga tua dalam membuat keputusan dan 70 peratus wanita berpendapat kerenggangan hubungan keluarga masa kini adalah disebabkan oleh kesibukan mencari nafkah dan mengejar kebendaan. Beberapa langkah dan cadangan bagi mempertingkatkan usaha penjagaan warga tua disarankan untuk kajian lanjutan pada masa hadapan.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: aged, women, home care, social conditions
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
Divisions: UNSPECIFIED
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 29 Aug 2010 08:23
Last Modified: 29 Aug 2010 08:23
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/409

Actions (login required)

View Item View Item