mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Kajian terhadap daya tindak stress dan perkaitannya dengan kepuasan kerja di tempat kerja di kalangan pentadbir

Marican, Sabitha (1995) Kajian terhadap daya tindak stress dan perkaitannya dengan kepuasan kerja di tempat kerja di kalangan pentadbir. Project Report. Universiti Utara Malaysia, Sintok. (Unpublished)

[thumbnail of SABITAH_MARICAN_-_Kajian_Terhadap_Daya_Tindak_Stress...._(1995).pdf] PDF
Download (657kB)

Abstract

Tujuan kajian ini ialah untuk mengenalpasti strategi daya tindak (coping strategy) yang paling kerap digunakan oleh para pentadbir. Seterusnya hubungan antara strategi daya tindak peribadi dan tahap pencapaian kepuasan kerja pekerja di kalangan pentadbir diteliti. Di samping itu, kajian ini juga melihat hubungan antara strategi daya tindak beberapa bolehubah bebas seperti jantina, kategori, jawatan dan ras sejumlah 131 pentadbir terdiri daripada kategori A dan B di pejabat kerajaan di negeri Kedah telah dipilih secara menunjukkan bahawa responden kurang cenderung menggunakan strategi daya tindak mengfokus dan mengeluarkan emosi,pemisah tingkah laku, pemisah mental, pemisah alkohol-ubatan berbanding dengan strategi daya tindak stress yang lain. Strategi daya tindak juga berbeza antara pentadbir kategori A dan B dari aspek daya tindak pemisah tingkah laku dan pemisah mental. Seterusnya terdapat empat strategi daya tindak stress yang mempunyai perbezaan yang signifikan dengan bangsa iaitu mencari sokongan sosial untuk tujuan instrumental, penerimaan, berserah pada agama dan strategi, pemisah alkohol-ubatan. Dari aspek kepuasan kerja, strategi daya tindak yang mempunyai hubungan yang signifikan dengan faktor tersebut ialah daya tindak aktif, perancangan, menahan aktiviti yang bersaingan, pemisahan mental dan pemisahan alkohol-ubatan.

Item Type: Monograph (Project Report)
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Siti Syariza Mohamad Radzi
Date Deposited: 20 Feb 2014 01:38
Last Modified: 20 Feb 2014 01:38
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/4216

Actions (login required)

View Item View Item