mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Belia Malaysia dan seks siber: Isu, masalah dan cabaran penyelesaian

Yusof, Rohana and Ismail, Syamsul Anuar (2002) Belia Malaysia dan seks siber: Isu, masalah dan cabaran penyelesaian. In: Persidangan Kebangsaan Kerja Sosial 2002 , 13- 15 Ogos 2002 , Hotel Legend, Kuala Lumpur .

[thumbnail of RoHA.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (244kB)

Abstract

Satu perkembangan yang amat ketara di dunia pada masa kini ialah berlakunya ledakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dengan memperlihatkan medium Internet muncul sebagai pemain utamanya. Hasil pengintegrasian pelbagai bentuk media, Internet kini menjadi alat komunikasi terpenting untuk mengirim dan bertukar-tukar maklumat melalui e-mel, menghantar, mewujud dan vmbaca mesej-mesej melalui newsgroup, melayari World Wide Wide menonton siaran berita daripada laman web interaktif CNN atau berborak-borak di bilik chatting melalui perkhidmatan Internet Relay Chat - IRC. Namun begitu kehadiran Internet juga tidak terkecuali daripada impak-impak negatif. Salah satu daripadanya ialah aktiviti seks siber yang menjadi keghairahan golongan muda-mudi hari ini. Sebagai medium komunikasi baru yang bersifat interaktif Internet sudah pasti menjanjikan keasyikan kepada pelayar web untuk mendapatkan bahan-bahan erotik dan lucah sama ada dalam bentuk gambar, video-video klip atau berborak-borak melalui IRC sehingga kepada mencari pasangan seks melalui Internet. Justeru kertas kerja ini cuba mengupas faktor-faktor yang mendorong belia-belia di Malaysia melibatkan diri di dalam aktiviti seks siber serta menilai kesan dan pengaruh aktiviti ini dalam kehidupan mereka dan cuba menyarankan beberapa penyelesaian. Seramai 303 orang ahli kumpulan newgroup yang bertemakan seks di Malaysia secara sukarela bersetuju menjadi responden kajian dan menjawab soal selidik kajian secara online. Hasil dapatan kajian menunjukkan wujud perkaitan yang signifikan antara tempoh penggunaan Internet dengan kesan ke atas tingkahlaku seksual, hubungan keluarga, motivasi belajar dan motivasi kerja responden dan ini membawa kepada implikasi sosial yang kurang menyenangkan khususnya dari aspek nilai-nilai kemanusiaan itu sendiri. Selanjutnya kertas kerja ini juga akan cuba menyarankan bagaimana peranan NGO dan keluarga serta agensi-agensi lain yang berkaitan dapat menangani isu dan permasalahan ini demi pembangunan belia khususnya dan negara amnya.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Anjuran Program Pengurusan Kerja Sosial & Institut Pembangunan Keluarga (INPEK)
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 27 Dec 2011 01:17
Last Modified: 27 Dec 2011 01:17
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/4298

Actions (login required)

View Item View Item