mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pendapatan bukan pertanian, lokasi dan sasaran kemiskinan sifar: Kajian kes di Kedah Darul Aman, Malaysia

Che Mat, Siti Hadijah and Harun, Mukaramah (2011) Pendapatan bukan pertanian, lokasi dan sasaran kemiskinan sifar: Kajian kes di Kedah Darul Aman, Malaysia. In: National Conference on the Tenth Malaysia Plan: Transformation Towards a High Income Advanced Economy, 18th July 2011, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur. (Unpublished)

[thumbnail of hadijah.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (374kB)

Abstract

Artikel ini bertujuan mengkaji kepentingan pendapatan bukan pertanian dalam meningkatkan pendapatan petani serta mengkaji tempoh masa keluar daripada kepompong kemiskinan dan ketermiskinan dikalangan isi rumah petani di luar bandar. Selain itu kajian ini juga mengkaji kepentingan lokasi tempat kediaman petani dalam mempengaruhi keterlibatannya dalam aktiviti bukan pertanian serta kesannya keatas tempoh masa keluar kemiskinan. Kajian menggunakan data yang diperolehi dari kajiselidik ke atas 384 isi rumah petani di enam daerah di Kedah. Keputusan kajian menunjukkan bagi petani yang mempunyai pendapatan bukan pertanian, jangka masa untuk keluar daripada kepompong adalah lebih pendek berbanding dengan mereka yang tidak mempunyai pendapatan bukan pertanian. Kajian juga mendapati bagi petani yang tinggal berhampiran dengan lokasi yang mempunyai keamatan yang tinggi dalam perindustrian dan tanahnya yang sesuai untuk aktiviti pertanian mempunyai bilangan isi rumah miskin yang kecil jumlahnya berbanding dengan kawasan yang jauh ketinggalan daripada kedua-dua kemudahan perindustrian dan tanahnya pula tidak sesuai untuk pertanian. Begitu juga dengan tempoh masa untuk keluar kemiskinan adalah lebih pendek bagi lokasi yang mempunyai kemudahan perindustrian dan tanahnya sesuai untuk pertanian berbanding dengan kawasan yang lain. Maka satu implikasi polisi dalam kajian ini adalah kerajaan harus memberi perhatian kepada pembukaan kawasan perindustrian baru dan perindustrian dan ianya tidak hanya tertumpu kepada kawasan yang sememangnya digezetkan kawasan perindustrian sahaja sebaliknya diselerakkan kepada kawasan yang belum membangun dan ketinggalan juga. Ini adalah penting untuk negara ini mencapai sasaran untuk menigkatkan pendapatan rakyat serta membasmi kemiskinan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Organized by International Journal of Management Studies (IJMS), Universiti Utara Malaysia, Malaysia Institute of Economic Research (MIER) and UUM Press
Uncontrolled Keywords: Kemiskinan; pendapatan bukan pertanian; Malaysia.
Subjects: H Social Sciences > HC Economic History and Conditions
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 27 Dec 2011 07:40
Last Modified: 27 Dec 2011 07:40
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/4482

Actions (login required)

View Item View Item