mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Interaksi antara kepuasan kerja dengan sikap terhadap wang sebagai peramal kepada keinginan untuk berhenti kerja secara sukarela

Ismail, Azman and John, Cindy and Mohd Shariff, Mohd Noor and Ajis, Mohd Na'eim and Dollah, Noor Faizah (2011) Interaksi antara kepuasan kerja dengan sikap terhadap wang sebagai peramal kepada keinginan untuk berhenti kerja secara sukarela. International Journal of Management Studies (IJMS), 18 (1). pp. 239-267. ISSN 0127-8983

[thumbnail of ijms18112.pdf]
Preview
PDF
Download (490kB) | Preview
Official URL: http://ijms.uum.edu.my/

Abstract

Tujuan utama kajian ini dilaksanakan untuk mengukur kesan kepuasan kerja dan sikap terhadap wang ke atas keinginan untuk berhenti kerja secara sukarela.Kaedah soal selidik telah digunakan untuk mengumpul 140 borang soal selidik daripada pekerja yang berkhidmat di sebuah penguasa tempatan bertaraf bandaraya di Sabah, Malaysia.Keputusan analisis regresi hierarki menunjukkan dua dapatan penting: pertama, interaksi di antara kepuasan kerja intrinsik dan sikap terhadap wang mempunyai hubungan yang signifikan dengan keinginan pekerja untuk berhenti kerja.Kedua, interaksi diantara kepuasan kerja ekstrinsik dan sikap terhadap wang mempunyai hubungan yang signifikan dengan keinginan pekerja untuk berhenti kerja secara sukarela.Keputusan ujian statistik ini menunjukkan bahawa sikap positif terhadap wang di kalangan pekerja yang mempunyai kepuasan kerja intrinsik berupaya menghalang hasrat mereka untuk berhenti kerja secara sukarela.Manakala, sikap positif terhadap wang di kalangan pekerja yang mempunyai kepuasan kerja ekstrinsik tidak berupaya menghalang hasrat mereka untuk berhenti kerja secara sukarela.Dapatan kajian mengesahkan bahawa sikap terhadap wang hanya bertindak sebagai pemboleh ubah penyederhana separa dalam model kepuasan kerja dalam organisasi kajian.Selanjutnya, perbincangan dan implikasi kajian turut dihuraikan.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Kepuasan kerja, sikap terhadap wang, keinginan untuk berhenti kerja secara sukarela.
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions: School of Business Management
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 26 Feb 2012 02:09
Last Modified: 24 Apr 2016 03:46
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/5030

Actions (login required)

View Item View Item