mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Penagihan dadah dan perlakuan jenayah: Cabaran kepada Pusat Serenti dan masyarakat masa kini

Don, Yahya (2000) Penagihan dadah dan perlakuan jenayah: Cabaran kepada Pusat Serenti dan masyarakat masa kini. In: Seminar Kebangsaan Kerja Sosial , 26-27 Januari 2000, Pusat Konvensyen, Universiti Utara Malaysia. (Unpublished)

[thumbnail of Ya.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (217kB)

Abstract

Hubungan yang kompleks antara penagihan dadah dengan perlakuan jenayah merupakan cabaran kepada pihak Agensi Dadah Kebangsaan (ADK) dalam merangka program pencegahan, rawatan dan pemulihan penagih dadah di Malaysia. Kesan dari penagihan dadah dan perlakuan jenayah oleh penagih dadah ini tidak terhad kepada diri penagih dadah semata-mata, malah melibatkan keluarga dan ahli masyarakatnya. Kajian yang dilakukan ke atas 300 orang penagih dadah yang sedang mengikuti proses rawatan dan pemulihan serenti menampakkan cabaran yang serius sedang dihadapi oleh Pusat Serenti, masyarakat dan keluarga dalam usaha mengurangkan kadar jenayah akibat penagihan dadah di dalam negara.Variabel kajian meliputi aspek harga diri, keluarga, rakan sebaya, masyarakat, institusi persekolahan, umur penagih dadah, kekerapan masuk ke Pusat Serenti, jangka masa menagih, dan lokasi tempat tinggal.Kajian ini mendapati pengaruh masyarakat, keluarga, kekerapan masuk ke Pusat Serenti dan jangka masa menagih mempunyai hubungan terhadap perlakuan jenayah.Kertas ini juga menggariskan beberapa cadangan ke arah pemantapan program pemulihan, peranan ahli keluarga dan anggota masyarakat dalam menangani masalah ini.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN: 983207813X Anjuran: Sekolah Pembangunan Sosial, Universiti Utara Malaysia
Subjects: H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 25 Feb 2012 07:25
Last Modified: 25 Feb 2012 07:25
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/5058

Actions (login required)

View Item View Item